awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Ramah Tamah UNITI Kaamatan, Gawai perkukuh integrasi nasional

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
25/06/2022
05:28 MYT
Program Ramah Tamah UNITI Kaamatan, Gawai perkukuh integrasi nasional
Halimah mezahirkan harapan agar program sebegini dapat menjadi tapak memperkukuh ikatan perpaduan dan semangat integrasi nasional dalam kalangan Keluarga Malaysia keseluruhannya. - Astro AWANI
SERI KEMBANGAN: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS) buat julung kalinya menganjurkan Program Ramah Tamah UNITI Kaamatan dan Gawai yang berlangsung di sini, bermula 23 hingga 25 Jun ini.
Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, program itu bertepatan dengan agenda Semarak UNITI Keluarga Malaysia di samping memberi peluang kepada masyarakat di seluruh negara, khususnya di Semenanjung menghayati kepelbagaian etnik dan budaya masyarakat Sabah dan Sarawak.
"Sambutan ini dapat diadakan di Semenanjung yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat di Semenanjung berkaitan kebudayaan negeri Sabah dan Sarawak.
"Kemeriahan sambutan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai yang kita raikan pada hari ini merupakan simbolik kepada semangat UNITI yang bertujuan untuk memupuk semangat kebersamaan dan kekitaan dalam menerima kepelbagaian budaya Keluarga Malaysia yang menjadi tunjang kepada kelestarian keharmonian dan kemakmuran yangkita miliki hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Ramah Tamah UNITI Kaamatan dan Gawai, di The Mines 2, Seri Kembangan, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Halimah turut mezahirkan harapan agar program sebegini dapat menjadi tapak memperkukuh ikatan perpaduan dan semangat integrasi nasional dalam kalangan Keluarga Malaysia keseluruhannya.
“Melalui pelbagai acara yang menggambarkan keharmonian budaya dan etnik masyarakat Sabah dan Sarawak sepanjang tiga hari, Program Ramah Tamah UNITI Kaamatan dan Gawai kali ini diharap dapat menyuburkan lagi tapak-tapak integrasi dalam kalangan seluruh masyarakat Keluarga Malaysia," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#halimah sadique
#perpaduan
#kaamatan
#gawai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan