PUTRAJAYA: Kerajaan telah mengutip RM9.48 juta kompaun melalui Program Repatriasi Migran Jabatan Imigresen (JIM) setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
"Bila kita bagi tempoh repatriasi migran sampai 31 Dis tahun ini, mereka (pendatang tanpa izin) perlu tampilkan diri di pejabat Jabatan Imigresen untuk bayar kompaun.
"Kemudian, mereka boleh balik ke negara asal masing-masing tanpa kita ambil tindakan di bawah kesalahan Akta Imigresen dan Akta Pasport yang mungkin membawa hukuman penjara," katanya.
Beliau berkata terdapat tiga kategori yang melayakkan pendatang tanpa izin untuk mendaftar dalam program itu iaitu masuk atau tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah, tinggal lebih masa di Malaysia dan melanggar syarat pas.
Saifuddin Nasution berkata sebanyak 11,943 pendatang tanpa izin telah mendaftar dalam program itu, manakala 13,760 orang telah dihantar pulang ke negara asal bagi tempoh 1 hingga 21 Mac lepas.
"Kita akan terus memantau perkara ini sebab program ini kita anggap sebagai suatu inisiatif yang penting dalam menguruskan soal keberadaan pendatang tanpa izin di negara kita," katanya.
Pada 1 Mac lepas, Saifuddin Nasution dilaporkan menggesa pendatang tanpa izin untuk hadir menyerahkan diri di mana-mana pejabat Imigresen dan membayar kompaun antara RM300 dan RM500 bagi membolehkan mereka pulang ke negara asal dengan pengecualian pendakwaan di mahkamah.
Pelaksanaan program itu susulan keputusan kerajaan pada 31 Jan lepas untuk memberikan pengecualian pendakwaan dan menawarkan kompaun kepada pendatang tanpa izin yang menyerah diri untuk pulang ke negara asal atas tiga kesalahan.
Mengulas perkembangan kes pengabaian majikan terhadap 94 warga Bangladesh, beliau berkata Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang menyelesaikan isu penempatan pekerjaan dan penginapan golongan itu.
"Mereka ini ada dokumen sebab itu mereka dapat masuk ke Malaysia. Cuma bila masuk sini (Malaysia), majikan tak sediakan pekerjaan dan tempat tinggal.
"Hal ini yang sedang dikendalikan KESUMA. Dari segi proses dokumentasi yang bawah bidang kuasa kami (Kementerian Dalam Negeri) dah selesai," katanya.
Pada 27 Feb lepas, media melaporkan pihak berkuasa berjaya menyelamatkan 94 pekerja warga Bangladesh yang dilaporkan terabai tanpa disediakan pekerjaan dan penginapan yang kondusif oleh majikan sejak dibawa masuk ke negara ini pada November 2023 oleh sebuah syarikat pembinaan di Cheras, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Saifuddin Nasution berkata sebanyak 11,943 pendatang tanpa izin telah mendaftar dalam program itu, manakala 13,760 orang telah dihantar pulang ke negara asal bagi tempoh 1 hingga 21 Mac lepas. - Bernama
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera
Menurut Zambry, perkara itu tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahupun Kabinet.
Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap
Panel tiga hakim memutuskan bahawa tiada alasan kukuh untuk mengganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes itu.
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.