awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu

Bernama
Bernama
11/08/2024
20:15 MYT
Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu
Wong berkata, program itu dilihat mampu memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai peringkat masyarakat merangkumi berbilang kaum dan etnik di negara ini. - Gambar fail/Bernama
TAIPING: Program Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru melibatkan sekolah aliran Cina yang dilaksanakan sejak Jun 2016 bertujuan menggalakkan pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, dilihat mampu memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai peringkat masyarakat merangkumi berbilang kaum dan etnik di negara ini.
Beliau berkata, pelaksanaan program itu menjadi pendorong bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu seterusnya mewujudkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani.
"Jadi, secara tidak langsung program sebegini mampu membawa sesuatu yang terbaik kepada anak-anak kita dan tahap pembelajaran mereka dalam bahasa Melayu dapat dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Program Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru Pokok Assam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pokok Assam, di sini, pada Ahad.
Terdahulu, Wong dalam ucapannya berkata, program berkenaan sebagai satu usaha kerajaan dengan kerjasama pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyantuni masyarakat pelbagai kaum supaya bersama dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa Melayu, khususnya dalam kalangan penutur bukan asli.
"Golongan muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang, saya menekankan tentang perlunya para hadirin supaya mempunyai sifat megah bahasa dan cinta terhadap bahasa Melayu.
"Hal ini amat penting disebabkan elemen penguasaan bahasa Melayu merupakan teras kepada perpaduan di negara tercinta ini. Yakinlah, bahawa 'Bahasa Jiwa Bangsa'," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#perpaduan
#Bahasa Melayu
#Dewan Bahasa dan Pustaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan