awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Senaman Warga Emas diperluas ke 120 lokasi seluruh negara

Bernama
Bernama
22/06/2024
04:20 MYT
Program Senaman Warga Emas diperluas ke 120 lokasi seluruh negara
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berucap merasmikan Program Senaman Warga Emas 2024 di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas hari ini.- Foto Bernama
KLANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal memperluaskan Program Senaman Warga Emas 2024 ke 120 lokasi seluruh negara bagi terus membudayakan amalan hidup aktif dalam kalangan warga emas.
Menteri berkenaan Hannah Yeoh berkata peluasan program rintis yang dimulakan sejak Mei lepas itu akan dilakukan menerusi dua fasa penganjuran melibatkan 50 lokasi pada fasa pertama dan 70 lokasi pada fasa kedua.
Beliau berkata pihaknya menyasarkan 21,000 warga emas menyertai program itu pada penganjuran tahun ini.
"Terdapat enam siri aktiviti kecergasan antaranya senamrobik, chair robic, berjalan kaki, tarian, taici dan yoga bagi setiap lokasi dan aktiviti dianjurkan secara percuma pada hujung minggu," katanya pada pelancaran Program Senaman Warga Emas 2024 di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas di sini hari ini.
Menurutnya program itu merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) susulan daripada dapatan Sesi Perbincangan Meja Bulat (RTD) Berkaitan Pembudayaan Sukan dalam Kalangan Warga Emas yang diadakan pada 8 Feb lalu.
Di samping memberi manfaat secara langsung kepada golongan sasar, Hannah berkata program itu juga dapat meningkatkan kesedaran khususnya kepada ahli keluarga dan penjaga bagi mendorong warga emas untuk terus bersukan dan mengamalkan gaya hidup aktif.
Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program berkenaan boleh menghubungi JBSN menerusi talian 03-88713102 atau e mel [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Senaman Warga Emas
#Hannah Yeoh
#Kementerian Belia dan Sukan
#diperluaskan ke seluruh negara
#amalan hidup aktif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan