Program seni bela diri diperkenal di tadika, usaha cegah gejala buli

Jalinan usahasama strategik telah dimeterai antara Hypermax Academy dan Little Caliphs bagi melaksanakan Program Latihan Taekwondo Seni Bela Diri. - Foto Hypermax Academy
KUALA LUMPUR: Latihan seni bela diri, taekwondo, kini diperkenalkan kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun di Tadika Little Caliphs di seluruh negara bagi menyokong pembangunan menyeluruh peringkat prasekolah.
Ringkasan AI
- Tadika Little Caliphs memperkenalkan latihan taekwondo untuk kanak-kanak berumur 46 tahun melalui kerjasama dengan Hypermax Academy.
- Program ini bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap gajet sambil membentuk keberanian, fokus, dan kawalan emosi sejak usia awal.
- Silibus mesra kanak-kanak dengan elemen Islamik ini juga menjadi persediaan awal sebelum ke sekolah rendah dan usaha mencegah gejala buli.
Jelas institusi seni bela diri itu, program itu dijangka membantu mengurangkan kebergantungan kanak-kanak terhadap gajet sambil membentuk keberanian dan fokus sejak usia awal, selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan keseimbangan antara perkembangan fizikal dan emosi.
"Selain itu, pelaksanaan program ini turut diharap dapat menjadi salah satu usaha pencegahan terhadap gejala buli melalui penerapan nilai-nilai keyakinan diri, kawalan emosi dan keberanian yang dipupuk melalui latihan seni bela diri," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Hypermax Academy yang beroperasi sejak 2012 menambah, silibus latihan yang diperkenalkan dibangunkan khas untuk anak kecil dengan pendekatan mesra kanak-kanak, selain diselitkan elemen Islamik sebelum sesi latihan bermula, bagi memupuk akhlak dan nilai murni selaras aspirasi pendidikan Islam prasekolah.
Inisiatif itu juga, katanya dilihat sebagai persediaan awal sebelum murid melangkah ke sekolah rendah, memandangkan taekwondo kini diterima secara meluas sebagai aktiviti kokurikulum yang membolehkan mereka meneruskan latihan dengan tali pinggang sedia ada.
Program ini dijangka membantu mengurangkan kebergantungan kanak-kanak terhadap gajet sambil membentuk keberanian dan fokus sejak usia awal, selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan keseimbangan antara perkembangan fizikal dan emosi.
"Usaha ini selaras dengan matlamat untuk melahirkan generasi muda yang sihat, berdisiplin dan berkeyakinan tinggi," jelasnya.
Latihan taekwondo prasekolah ini dikendalikan sepenuhnya oleh Hypermax Academy, dan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Jefri Safry dan Ketua Pegawai Operasi, Mohd Abdul Faiz Safry.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


