awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program 'SULUNG' diperluas mulai tahun depan, sasar 200 pelajar - Noraini

Hilmi Malik
Hilmi Malik
26/10/2022
05:16 MYT
Program 'SULUNG' diperluas mulai tahun depan, sasar 200 pelajar - Noraini
Noraini hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Siswa SULUNG Keluarga Malaysia (SULUNG) dan Penyampaian Surat Tawaran Program Penajaan KPT) di sini pada Rabu.- Foto Astro AWANI
BATU PAHAT: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal meluaskan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) melibatkan seluruh universiti awam mulai tahun hadapan.
Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, inisiatif berkenaan menyasarkan seramai 200 pelajar.
Inisiatif itu juga katanya telah dimulakan pada Oktober ini.
"Seramai 76 orang pelajar daripada 115,477 permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui UPU Online telah terpilih ditawarkan sebagai Siswa SULUNG," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Siswa SULUNG Keluarga Malaysia (SULUNG) dan Penyampaian Surat Tawaran Program Penajaan KPT) di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) pada Rabu.
Setakat ini, pihaknya juga sedang berusaha mendapatkan dana daripada kerajaan termasuk pihak luar bagi menjayakan objektif tersebut.
"Bagi penyampaian surat tawaran program penajaan, KPT menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar.
"Kumpulan berkenaan merangkumi tenaga pengajar di institusi awam dan orang awam yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat," katanya lagi.
Dalam pada itu, Noraini turut memaklumkan, seramai 50 pelajar dari IPT Zon Selatan juga bakal menerima Peranti Siswa.
Pelajar yang berkelayakan boleh mendapatkan peranti mereka menerusi kaunter tuntutan yang dibuka di UTHM.
Beliau dalam masa sama mengingatkan pelajar agar menggunakan bantuan kerajaan sebaik mungkin.
Ini termasuk peringatan supaya tidak menjual kembali peranti yang telah diberikan seperti yang terjadi baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pengajian Tinggi
#sulung
#noraini ahmad
#siswa IPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan