Suruhanjaya Tenaga (ST) dengan kerjasama Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur (IKMKL) menganjurkan Program Titik Sentuhan dan memilih 10 sekolah tahfiz seluruh negara dalam membantu menambah baik sistem pendawaian sekolah berkenaan, kata Pengarah Operasi Kawasan dan Penguatkuasaan ST, Md Zakuan Ibrahim.
Dalam kenyataan media dikeluarkan ST di sini, pada Khamis, Sekolah Tahfiz Darul Furqan, Padang Balang, Sentul terpilih pada Khamis bagi ST menjalankan program itu.
"ST telah memilih Sekolah Tahfiz Darul Furqan hari ini untuk menambah baik sistem pendawaian punca-punca kuasa dan kipas, penggantian lampu-lampu rosak, penukaran kotak papan agihan dan penambahbaikan alat-alat perlindungan.
"Selain sekolah ini, sembilan sekolah tahfiz yang lain terpilih di seluruh negara datang dari Melaka, Pahang, Johor, Perak, Sabah, Kelantan dan Pulau Pinang," katanya.
Zakuan berkata program itu adalah atas inisiatif ST dalam menangani kes kemalangan dan kebakaran melibatkan sekolah tahfiz yang sering mendapat liputan media massa.
"Kita dikejutkan dengan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Keramat, KL(Kuala Lumpur) tahun lepas yang mengorbankan 23 nyawa. Jadi, ST terpanggil untuk laksanakan program ini yang bersifat tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu menangani masalah ini dari berlarutan," katanya.
Menurutnya lagi, ST mendapati kebanyakan kes kebakaran adalah kerana kecuaian pengguna dan program itu diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat.
"Program ini dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kefahaman pentingnya tindakan mengambil berat keselamatan pendawaian terutamanya peranti arus baki (PAB) kerana ia memerlukan pengujian berkala supaya berfungsi dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 27 2018
Program Titik Sentuhan dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kefahaman pentingnya tindakan mengambil berat keselamatan pendawaian. - Gambar hiasan
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Program Titik Sentuhan tambah baik sistem pendawaian 10 sekolah tahfiz
ST mendapati kebanyakan kes kebakaran adalah kerana kecuaian pengguna dan Program Titik Sentuhan diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat.