awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program 'Trim and Fit' berjaya tangani masalah polis gemuk

Bernama
Bernama
23/04/2016
01:15 MYT
Program 'Trim and Fit' berjaya tangani masalah polis gemuk
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah (dua,kanan) dibantu oleh Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam Prof Madya Zulkifli Abdul Kadir (kanan) pada Kem Dua Hari Trim and Fit PDRM 2016. - Foto BERNAMA
Program 'Trim and Fit' yang dilancarkan bagi menangani masalah obesiti dalam kalangan pegawai dan anggota polis sejak Februari lepas, akan diperluaskan kepada seluruh warga polis pada 2017.
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata ini berikutan program itu menunjukkan kejayaan apabila seramai 28 daripada 35 peserta program perintis berkenaan berjaya menurunkan berat badan mereka setakat ini.
Program perintis yang berakhir Jun ini akan mengumpulkan segala maklumat daripada pegawai dan anggota yang terlibat serta mencari satu rumusan yang sesuai sebelum diaplikasikan kepada seluruh warga polis, katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Program Dalam Radar di Bernama Radio24 di sini.
Zulkifli berkata program berkenaan turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam memberikan panduan pemakanan dan latihan fizikal.
"Sebelum ini kita tidak jalankan latihan fizikal dengan cara yang betul, sebab itu hasilnya kurang baik," katanya.
Topic Berkaitan
#obesiti
#polis
#Trim and Fit
#Zulkifli Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan