MALAYSIA
Projek ECRL capai kemajuan 87 peratus - Loke

Projek ECRL capai 87% kemajuan sehingga Ogos 2025, dengan segmen Terengganu antara yang paling pantas disiapkan. - Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang merentasi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor, telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 87 peratus sehingga Ogos lepas.
Ringkasan AI
- Projek ECRL capai 87% kemajuan sehingga Ogos 2025, dengan segmen Terengganu antara yang paling pantas disiapkan kerana isu tanah selesai awal dan faktor geografi yang rata.
- Cabaran utama tertumpu pada jajaran Bentong-Gombak, khususnya Terowong Genting, yang merupakan bahagian paling kompleks dalam projek ini.
- Isu kecurian kabel di Pahang menjejaskan kelancaran kerja, melibatkan lebih 1 km kabel dicuri; kerajaan akan ambil tindakan tegas bersama KDN dan polis untuk atasi masalah ini.
Mengulas lanjut, Loke berkata kemajuan ECRL di Kelantan dan Terengganu tidak membimbangkan kerana kebanyakan proses pembinaan telah siap.
Bagaimanapun, beliau mendedahkan terdapat isu kecurian kabel di Pahang yang menjejaskan kelancaran kerja pembangunan ECRL di kawasan tersebut.
"Lebih satu kilometer kabel telah dicuri dan itu menjadi masalah kepada pihak pemaju. Mereka perlu menilai semula pendekatan untuk mempercepatkan proses.
"Saya telah berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis. Tindakan lebih agresif perlu diambil, termasuk menggunakan peruntukan undang-undang yang lebih tegas untuk menangani isu tersebut," katanya.
Beliau menambah, selain menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan, kecurian kabel itu turut mengganggu ketenteraman awam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami