awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek ECRL kukuh kerjasama Malaysia-China dalam infrastuktur berimpak tinggi - KSN

Bernama
Bernama
28/05/2025
16:20 MYT
Projek ECRL kukuh kerjasama Malaysia-China dalam infrastuktur berimpak tinggi - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kiri) Pengerusi CCCC Wang Tongzhou. - Foto Facebook Shamsul Azri Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Komitmen China Communications Construction Company Ltd (CCCC) menyempurnakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mengukuhkan kerjasama strategik Malaysia-China dalam pembangunan infrastruktur berimpak tinggi.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata ECRL iaitu jajaran dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka siap pada Disember 2026 dan beroperasi sepenuhnya mulai 1 Jan 2027.
"Petang tadi saya menerima kunjungan hormat daripada Wang Tongzhou Pengerusi CCCC seusai Sidang Kemuncak ASEAN.
"Kami membincangkan kemajuan projek ECRL yang kini telah mencapai 82.45 peratus setakat April 2025. ECRL berada pada landasan kukuh untuk siap Disember 2026 dan beroperasi sepenuhnya mulai 1 Januari 2027.
"Turut dibincangkan dalam pertemuan ini adalah kesiapsiagaan ECRL Operation Sdn Bhd bagi fasa pengoperasian dan penyelenggaraan," katanya menerusi Facebook malam ini.
Projek ECRL sejauh 665 kilometer akan merentasi negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Selangor di Pantai Barat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ECRL
#kerjasama
#Malaysia
#China
#KSN
#Shamsul Azri Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan