awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bekalan tanaman, ternakan terkawal - Mohamad
GAYA HIDUP
Diet Jepun mungkin bantu tangani gejala kemurungan - Kajian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Projek empangan sabo di Baling siap lebih awal, atasi isu banjir

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
28/06/2025
11:22 MYT
Sponsor Banner
Projek empangan sabo di Baling siap lebih awal, atasi isu banjir
Saifuddin (tiga, kiri) meninjau projek pembinaan empangan sabo di kawasan Lembangan Sungai Kupang, Baling, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
BALING: Projek pembinaan empangan sabo di kawasan Lembangan Sungai Kupang, Baling yang bernilai RM22.8 juta dijangka siap lebih awal, iaitu dalam tempoh dua bulan lagi, susulan kemajuan fizikal yang ketara berbanding jadual asal.

Ringkasan AI
  • Projek pembinaan empangan sabo bernilai RM22.8 juta di Lembangan Sungai Kupang, Baling dijangka siap lebih awal dalam tempoh dua bulan, dengan kemajuan fizikal kini mencecah 62 peratus berbanding jadual asal 20 peratus.
  • Projek ini bertujuan mengurangkan risiko banjir dan aliran puing, manakala projek RTB di Baling turut berjalan dengan kemajuan fasa 1 sebanyak 12 peratus dan fasa 2 sebanyak 3.68 peratus, memberi manfaat kepada 5,000 penduduk.
  • Pembinaan 17 unit rumah ganti untuk mangsa banjir puing di Kampung Iboi kini mencapai 95 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya akhir Julai, dengan kos keseluruhan RM3.6 juta ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, projek tersebut kini telah mencapai 62 peratus kemajuan fizikal, jauh melebihi jadual asal iaitu sekitar 20 peratus.
Projek ini bertujuan mengurangkan risiko bencana banjir dan aliran puing yang sering memberi kesan besar kepada penduduk, khususnya di sekitar Kampung Iboi.
Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah Baling juga sedang berjalan, dengan kemajuan 12 peratus bagi fasa 1 dan 3.68 peratus bagi fasa 2.
“Keseluruhan komponen projek ini melibatkan kawasan berisiko banjir. Sepanjang tahun 2023, terdapat 10 insiden banjir, manakala tahun 2024 mencatatkan 17 kali kejadian. Seramai 5,000 penduduk pekan Baling akan menerima manfaat apabila projek ini siap sepenuhnya,” katanya.
Saifuddin berkata demikian ketika ditemui media semasa Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri ke Tapak Projek Pembinaan Infrastruktur Sabo di Lembangan Sungai Kupang, Baling pada Sabtu.
Empangan sabo ialah sejenis struktur kawalan aliran air dan puing yang dibina di kawasan hulu sungai atau lereng bukit untuk mengurangkan risiko banjir dan tanah runtuh, khususnya yang berpunca daripada aliran deras dan serpihan seperti batu, kayu, dan lumpur.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa projek pembinaan 17 unit rumah ganti untuk mangsa banjir puing di Kampung Iboi kini telah mencapai 95 peratus kemajuan fizikal dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir Julai ini.
Projek rumah ganti tersebut dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan sebanyak RM3 juta, manakala penyediaan tapak disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan kos RM600,000.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#Kampung Iboi
#projek tebatan banjir Baling
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami