awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek hibrid solar: Rosmah mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1.5 juta

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2018
07:17 MYT
Projek hibrid solar: Rosmah mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1.5 juta
Rosmah ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi. - Foto Astro AWANI
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menerima rasuah melibatkan projek hibrid solar untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion.
Beliau dituduh menerima rasuah melalui Datuk Rizal Mansor sejumlah RM187.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin yang merupakan Pengarah Urusan Jepak Holdings sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic dan penyelenggaraan Genset atau diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak.
Jumlah berkenaan merupakan 15 peratus dari kontrak Saidi, pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd bagi membantu Jepak Holdings mendapat tender langsung dari Kementerian Pendidikan bagi projek solar berikut.
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melibatkan projek hibrid solar untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak, bernilai RM1.25 bilion. @501Awani
— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) November 15, 2018
Hakim, Azman Ahmad membenarkan Rosmah diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin. Ikat jamin dibenar dibayar RM500,000 hari ini dan bakinya dalam masa tujuh hari. @501Awani
— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) November 15, 2018
Bagi pertuduhan kedua, Rosmah dituduh menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta dari Saidi Abang Samsudin syarikat sama sebagai upah melakukan perkara sama.
Beliau dibenarkan diikat jamin sejumlah RM1 juta dengan seorang penjamin.
Kes disebut semula pada 10 Disember depan. @501Awani
— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) November 15, 2018
Kes akan disebut semula pada 10 Disember depan.
Topic Berkaitan
#Jepak Holdings
#Kementerian Pendidikan
#Rosmah Mansor
#Saidi Abang Samsudin
#Sarawak
#sekolah
#solar
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan