LAWAS:Projek Jaringan Jalan Raya Sabah-Sarawak (SSLR) yang akan diintegrasikan dengan Projek Jalan Pesisir Sarawak bakal memberi manfaat besar kepada pembangunan bandar Limbang dan Lawas.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, selain Limbang dan Lawas, jalan pesisir itu turut merentasi daerah Miri sekali gus meningkatkan akses terhadap keperluan penduduk di kawasan terbabit.
“Jalan pesisir tersebut akan dilaksanakan bermula dari Miri, seterusnya ke Limbang hingga ke Lawas.
“Mungkin seterusnya kita laksanakan sehingga ke Ba’kelalan di Bario,” ujarnya ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Punang Lama, Lawas pada Isnin.
Tambahnya lagi, pembangunan landskap kedua-dua daerah berkenaan turut diberi nafas baharu dengan pelaksanaan pelbagai projek di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) yang secara tidak langsung akan melonjakkan ekonomi termasuk pelancongan.
“Jalan pesisir ini akan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan. Jalan di kawasan Limbang sudah siap. Seterusnya kita akan sambung sehingga ke Gunung Buda sehingga ke Mulu. Dengan itu, pelancong mudah untuk datang ke kawasan berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan negeri komited untuk meneruskan projek berkenaan walaupun terkesan akibat pertukaran kerajaan sebelum ini.
Beliau turut mendedahkan, kerajaan negeri akan terus mengkaji untuk menambah baik proses pelaksanaannya.
“Kita sedang ikhtiarkan cara terbaik pelaksanaannya berdasarkan perubahan terbaharu.
“Ini bertujuan untuk memendekkan belanja (mengurangkan kos), dalam masa sama meliputi setiap kawasan termasuk kawasan rumah panjang,” jelasnya.
Astro Awani
Mon Sep 28 2020
Abang Johari ditemani oleh Awang Tengah ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Punang Lama, Lawas. -Gambar Astro AWANI
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong
Isu ketiadaan mesin ATM di kawasan itu hangat diperkatakan apabila penduduk terpaksa menempuh perjalanan jauh demi khidmat perbankan ini.
RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak
Peruntukkan ini dilaksana di bawah Rancangan Malaysia ke-12 sebagai langkah proaktif Sarawak dalam menyelesaikan masalah bekalan air.
Menawan! Tikar kelasah komuniti Bidayuh terima Anugerah Kraf Cemerlang
Bertemakan Glow Tree of Life, tikar ini dihasilkan oleh Abot Gudang dengan kerjasama komuniti Bidayuh di Serikin, Sarawak.
"Saya cari tin untuk sara hidup, ada yang kasihan, mereka akan bantu..."
Penyakit dihidapi membuatkan Aunty Ngu tidak kuat mencari rezeki sehingga memaksanya untuk bergantung harap dengan ihsan orang ramai.
Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB
Tindakan keluar parti 200 ahli PSB Ngemah, Sibu dilihat sebagai tamparan hebat buat PSB meneliti semula kepimpinan di akar umbi.
Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak
Dua menara akan dibina untuk memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat Dayak di Sarawak
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS bakal direalisasikan
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS dilengkapi pam minyak, tempat pengisian gas hidrogen serta kemudahan mengecas kenderaan hybrid, seiring usaha ke arah teknologi hijau.
COVID-19: Sarawak giat laksana saringan dalam kalangan PATI
Tindakan ini susulan daripada kes positif COVID-19 melibatkan dua warga Indonesia seperti yang dilaporkan oleh JPBN pada Khamis.
JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini dalam usaha meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 dan pasukan pengesanan kontak rapat.
COVID-19: Satu kes import di Sarawak, dua kluster kekal aktif
Satu kes yang dilaporkan pada hari ini dicatatkan di Kota Samarahan. Kes tiba dari Kota Kinabalu, Sabah.