awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pearly-Thinaah intai gelaran Super 1000 di Terbuka Malaysia
Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek naik taraf air di Maran dijangka siap April 2026 - Wan Rosdy

Bernama
Bernama
19/11/2025
22:30 MYT
Projek naik taraf air di Maran dijangka siap April 2026 - Wan Rosdy
Wan Rosdy mengadakan lawatan ke Tapak Projek Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Daerah Maran di Kampung Luit, Maran. - Facebook Wan Rosdy
KUANTAN: Kerja-kerja pemasangan dan menaik taraf sistem bekalan air di Kampung Luit, Maran dijangka siap menjelang April tahun depan.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kemajuan projek yang akan memberikan manfaat kepada kira-kira 32,000 pengguna itu kini berada lebih 40 peratus di hadapan daripada jadual asal.
"Insya-Allah, masalah bekalan air di daerah Maran dapat diselesaikan melebihi 90 peratus dalam masa terdekat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Beliau berkata usaha itu selari dengan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan 90 peratus masalah bekalan air di seluruh Pahang menjelang akhir 2026.
Menurut hantaran itu, Wan Rosdy turut mengadakan lawatan ke Tapak Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air Daerah Maran di kampung berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#bekalan air
#projek naik taraf air
#Maran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan