awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek naik taraf lebuh raya di Johor dilaksana lebih awal - MB

Bernama
Bernama
11/07/2023
15:59 MYT
Projek naik taraf lebuh raya di Johor dilaksana lebih awal - MB
Kata Onn Hafiz, dalam perjumpaan tersebut, beberapa perkara telah dibangkitkan dan dibincangkan terutamanya mengenai infrastruktur dan pembangunan ekonomi demi kesejahteraan Bangsa Johor. - Gambar FB Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Dua projek pembangunan naik taraf lebuh raya di Johor yang dijadual bermula penghujung tahun depan akan dilaksanakan lebih awal daripada perancangan asal, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata projek tersebut melibatkan pembinaan lorong memotong di Senai Desaru Expressway (SDE) yang akan dimulakan pada November ini manakala projek pelebaran jalan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan dimulakan pada Februari tahun depan.
"Syukur alhamdulillah, berkat penyelarasan antara kerajaan negeri, Kementerian Kewangan dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), maka kerja-kerja fizikal dua projek ini akan dilaksanakan lebih awal.
"Terima kasih, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan yang sudi mengadakan perjumpaan bersama kerajaan negeri Johor," kata Onn Hafiz menerusi hantaran di laman Facebook, malam ini.
Katanya, dalam perjumpaan tersebut, beberapa perkara telah dibangkitkan dan dibincangkan terutamanya mengenai infrastruktur dan pembangunan ekonomi demi kesejahteraan Bangsa Johor.
Onn Hafiz berkata kerajaan negeri juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan 496 projek dengan jumlah peruntukan sebanyak RM4.5 bilion untuk projek pembangunan di Johor bagi tahun ini.
"Alhamdulillah, semua ini tidak akan dapat dilaksanakan dan direalisasikan tanpa kerja keras semua pihak, baik di peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri.
"Semoga kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus subur, dalam memastikan hasrat negeri Johor menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 tercapai," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#projek pembangunan
#PLUS
#SDE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan