awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak bermula tahun ini - MB Pahang

Bernama
Bernama
01/02/2024
02:20 MYT
Projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak bermula tahun ini - MB Pahang
Wan Rosdy (gambar kecil) berkata, bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Lebuhraya KLK, beberapa kaedah penyelesaian dikenal pasti dan akan dilaksanakan merangkumi projek jangka masa panjang serta jangka pendek. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk melaksanakan projek pelebaran jalan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang dijangka bermula pada suku kedua 2024, sebagai langkah jangka panjang bagi mengurangkan kesesakan di kawasan terbabit.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek yang bakal dijalankan oleh syarikat konsesi Anih Berhad itu melibatkan jajaran bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Lingkaran Tengah Utama, Bentong.
Beliau berkata projek itu merangkumi pembinaan satu lagi terowong, penambahbaikan terhadap bahu jalan selain menyediakan lampu jalan di keseluruhan jajaran untuk keselamatan dan keselesaan pengguna.
Wan Rosdy berkata kerajaan negeri mengambil maklum mengenai kesesakan lalu lintas di Lebuhraya KLK terutamanya dari Plaza Tol Bentong ke Plaza Tol Gombak sepanjang 42 kilometer yang sering berlaku pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.
"Untuk itu, saya telah memanggil Syarikat Anih Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk memberi taklimat serta membincangkan mengenai langkah-langkah penyelesaian kesesakan ini dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini (semalam).
"Bagi mengurangkan masalah ini, beberapa kaedah penyelesaian telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan merangkumi projek jangka masa panjang serta jangka pendek. Diharap dengan pelaksanaan projek-projek ini, kesesakan lalu lintas di Lebuhraya KLK dapat ditangani dan dikurangkan," katanya dalam kenyataan.
Sebagai tindakan jangka pendek, Wan Rosdy berkata beberapa pendekatan telah dan akan dilaksanakan antaranya menjadualkan kerja pembaikan di luar waktu puncak dan melaksanakan pengasingan lorong Plaza Tol Gombak Arah Barat mengikut destinasi (Batu Caves/Ampang) bagi mengurangkan isu weaving.
Selain itu, menyediakan dua lokasi tidal flow (KM55-59 arah timur dan KM60-56 arah barat), namun pelaksanaannya tertakluk kepada pecahan trafik di kedua-dua arah mencapai nisbah trafik 70-30 (barat-timur) bagi mengelakkan kesesakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Lebuhraya KL-Karak
#kesesakan
#Anih Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan