awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AFCON: Tuan rumah tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya
PN Perlis hormati keputusan Muhyiddin lepas jawatan
Pemuda PN tuntut konsensus penuh susulan peletakan jawatan Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek pembangunan Persekutuan di Sabah perlu dilaksanakan dengan cepat - Hajiji

Bernama
Bernama
08/10/2024
21:00 MYT
Projek pembangunan Persekutuan di Sabah perlu dilaksanakan dengan cepat - Hajiji
Hajiji berkata, kementerian berkenaan juga digesa berhubung dengan agensi Persekutuan yang berkaitan di Sabah bagi mengukuhkan kerjasama. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek pembangunan Persekutuan untuk sekolah dan klinik boleh dilaksanakan tanpa perlu menunggu geran pemilikan tanah selagi tanah tersebut telah diwartakan bagi tujuan tersebut.
"Kerajaan negeri telah memutuskan bahawa tidak perlu menunggu geran pemilikan tanah, selagi tanah tersebut telah diwartakan untuk projek pembangunan Persekutuan.
"Jika tanah diperlukan untuk membina sekolah atau klinik, kita mesti memudahkan supaya tidak ada kelewatan dalam pelaksanaan projek-projek ini," katanya dalam kenyataan selepas lawatan kerjanya ke Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata, kementerian berkenaan juga digesa berhubung dengan agensi Persekutuan yang berkaitan di Sabah bagi mengukuhkan kerjasama.
"Jika ada keterlibatan dan kerjasama, kita akan dapat melaksanakan projek pembangunan dengan lancar," katanya.
Hajiji juga memuji kementerian tersebut atas pelan proaktif mereka untuk meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, antaranya melalui penubuhan Pusat Autisme Sabah di Sembulan dan perolehan mesin pengimbas Positron Emission Tomography (PET) dan pengimbas Single-Photon Emission Computed Tomography (SPECT) bernilai jutaan ringgit.
Mesin pengimbas PET dan SPECT untuk pengesanan kanser ini kini ditempatkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas.
Sebelum itu, Ketua Menteri dan rombongan diberi taklimat oleh Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Maria Chong mengenai program dan rancangan pada masa depan.
"Saya melihat Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat sebagai komponen penting dalam sistem kerajaan lebih-lebih lagi kesejahteraan rakyat adalah antara fokus dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya," kata Hajiji. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek pembangunan persekutuan
#Sabah
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan