SUNGAI PETANI: Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa projek perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk memperkemas aset angkatan laut negara akan melalui proses yang telus tanpa berlaku ketirisan dan penyalahgunaan kuasa atau rasuah.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perolehan aset untuk pertahanan negara itu mesti dirancang dengan pendekatan di luar kotak kerana isu pertahanan serta keselamatan negara dan rakyat tidak boleh dikompromi dengan wang ringgit, selain unsur politik dan pemikiran sempit.
"...jadi saya dan kepimpinan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) akan buat apa yang patut untuk memastikan tanggungjawab yang kita pikul, amanah yang telah pun diletakkan di atas bahu kita, akan kita tunaikan dengan sedaya-upaya kita mampu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama warga tentera darat di Kem Lapangan Terbang Tentera Darat di sini pada Jumaat.
Rabu lepas, Kabinet yang bermesyuarat pada hari itu dengan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebulat suara memuktamadkan supaya projek perolehan LCS diteruskan.
Untuk rekod, LCS merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan 15-to-5 TLDM bagi memperkemas aset angkatan laut negara dan kesemua enam kapal yang dirancang adalah berasaskan rekaan Gowind oleh syarikat Perancis iaitu Naval Group yang dahulunya dikenali sebagai DCNS.
Sementara itu, Hishammuddin berkata dasar perindustrian pertahanan sedang digubal pada masa ini selain Rang Undang-Undang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah pun mendapat kelulusan Jemaah Menteri untuk dipinda, bagi membantu pencarum serta membela nasib golongan veteran ATM.
Selain itu, beliau berkata pihaknya sedia membantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjejaki lebih 90 orang tahanan Rohingya yang masih belum ditemukan selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Tahanan Sungai Bakap pada Rabu lepas, sekiranya diminta berbuat demikian.
"Kita belum ada permintaan (bantuan) daripada mana-mana agensi lain tetapi saya tahu bahawa pihak KDN cukup berkemampuan untuk berhadapan isu itu...apa saja diperlukan kalau kita boleh bantu, sebut sajalah untuk kebaikan bersama. Setakat ini saya yakin KDN masih mampu tangani," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perolehan aset untuk pertahanan negara itu mesti dirancang dengan pendekatan di luar kotak. - Gambar fail/BERNAMA

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed ada gangguan psikologi. Ini gara-gara mendakwa menteri dari Pas sebagai gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Balak Asli | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Ejen pelancongan didakwa guna dokumen palsu bernilai lebih RM22 juta
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Bandar Pertahanan di Lipis bernilai RM1 bilion rangsang ekonomi, buka tawaran 2,000 kerja - Abdul Rahman
Bandar Pertahanan di kawasan Kechau, Padang Tengku juga akan membantu mengurangkankan kebergantungan negara kepada syarikat asing.

Projek perolehan LCS akan lalui proses telus - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa projek perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk memperkemas aset angkatan laut negara akan melalui proses yang telus.

Projek LCS: Kerugian bakal ditanggung LTAT perlu dijelaskan - Anwar
Perlu dijelaskan tentang berapa kerugian yang akan ditanggung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akibat keputusan tersebut.

Kebajikan ATM: Hishammuddin umum dua jenis pengeluaran untuk pencarum LTAT
Hishammuddin berkata, pencarum LTAT boleh keluarkan wang untuk tujuan Haji, serta pendidikan tinggi di IPTA, tertakluk kepada syarat-syarat.

DSA 2022: Kementerian Pertahanan tandatangan perjanjian perolehan aset bernilai RM4.6 bilion
Kementerian Pertahanan menandatangani 54 memorandum persefahaman (MoU), surat setuju terima (SST), surat niat (LOI) dan kontrak yang keseluruhannya bernilai RM4.6 bilion hari ini.

Destini peroleh dua kontrak daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM89 juta
Kontrak tersebut akan tamat pada Oktober 2022 dan mempunyai nilai siling kira-kira RM88.0 juta, menurut kumpulan itu.

100,000 Veteran ATM disasar jadi usahawan digital di MyVeteranMall
Sistem yang digunakan adalah lebih mudah berbanding platform e-Dagang lain yang berada di pasaran dan ia tidak melibatkan penyertaan orang awam.

ATM tidak terima laporan cubaan godam sistem Kementerian Pertahanan - Hishammuddin
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung ancaman penggodam luar yang cuba menggodam sistem Kementerian Pertahanan.

Tentera Sulu: Rakyat Sabah jangan bimbang, ATM aktif kesiapsiagaan paling tinggi - Hishammuddin
Biarpun tahap kesahihannya belum dibuktikan, namun beliau tetap memandangnya sebagai perkara yang serius.