KUALA LUMPUR: Pulau Langkawi di Kedah, yang menjadi projek rintis Gelembung Pelancongan di negara ini, mula menunjukkan kejayaan sejak ia dibuka pada Khamis lepas apabila merekodkan kedatangan pelancong seramai 9,500 orang.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata setakat ini, tiada kes COVID-19 direkodkan dalam kalangan pelancong seperti dimaklumkan Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo baru-baru ini.
"Kita dapat melihat potensi di Pulau Langkawi yang menjadi model yang telah menunjukkan kejayaan.
"Secara umumnya, destinasi pelancongan lain terutama di kawasan seperti Genting Highlands dan Fraser Hills sudah menjangkau 100 peratus kadar vaksinasi lengkap dan mereka sudah bersedia untuk dibuka... Esok, insya-Allah akan diadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai pembukaan perjalanan pelancongan antara negeri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Malaysia Petang Ini bertajuk 'Pelancongan Kebangkitan Industri' yang disiarkan di Bernama TV hari ini.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebelum ini menyasarkan kira-kira 200,000 pelancong domestik berkunjung ke Langkawi dari 16 Sept hingga Disember 2021 selepas industri pelancongan pulau itu dibuka semula di bawah projek rintis gelembung pelancongan.
MOTAC juga menyasarkan kira-kira 30,000 pelancong berkunjung ke pulau peranginan itu sepanjang bulan September.
Nancy berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan penggiat industri pelancongan kepada Kementerian Kewangan yang diharap akan menjadi panduan dalam pembentangan Belanjawan 2022.
"Jumaat lepas, MOTAC bersama dengan agensi dan penggiat industri pelancongan telah mengadakan perbincangan kelompok sasaran bersama Kementerian Kewangan dan MOTAC telah kemukakan apa yang telah dicadangkan penggiat industri dan nampaknya positif.
"Tujuan kita adalah untuk bantu rakyat. Insya-Allah apa yang telah kita kemukakan kepada Kementerian Kewangan akan didengar terutama sekali demi kepentingan industri kecil dan sederhana sebab mereka yang paling banyak terkesan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata setakat ini, tiada kes COVID-19 direkodkan dalam kalangan pelancong seperti dimaklumkan Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo baru-baru ini. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (07 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Cuaca Panas, Stres: Tips kepada bakal jemaah Haji
Hari wukuf bagi musim haji 2024 adalah pada 9 Zulhijah atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Haji 2024: Jemaah wanita paling ramai
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan jumlah Jemaah wanita Haji dan pecahan mengikut umur. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
JKR Negeri Sembilan laksana projek rintis 'glow in the dark' Jun ini
JKR Negeri Sembilan akan melaksanakan projek rintis penggunaan garisan jalan glow in the dark di jalan lama Bukit Putus, Kuala Pilah dan jalan Bukit Miku, Rembau pada Jun ini.
90 syarikat setuju sertai projek rintis e-invois - CEO LHDN
LHDN akan melaksanakan projek rintis sistem invois elektronik (e-invois) melibatkan sebanyak 90 syarikat bermula Mei depan.
Projek rintis uji sistem MySubsidi Diesel, Fleet Card bermula bulan depan - Armizan
Projek rintis bagi menguji sistem MySubsidi Diesel KPDN dan sistem Fleet Card syarikat minyak akan dilaksana berkuat kuasa 1 Feb depan.
Projek rintis stesen minyak tanpa subsidi jimat peruntukan hampir RM6 juta
Fuziah berkata walaupun inisiatif yang diperkenalkan itu bersifat liberal, namun ia berkesan untuk mengekang ketirisan.
Perak laksana projek rintis Smart Masjid, kawal penggunaan elektrik melalui aplikasi pintar
Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan projek perintis Internet Benda (IoT) yang berupaya merancang dan mengawal pengunaan elektrik di masjid.
Subsidi bersasar diesel dijangka dilaksana tahun depan - Salahuddin
Pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel dijangka mula dilaksanakan pada tahun depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Elaun 'on-call' diperluas kepada pegawai perubatan 6 klinik projek rintis - PM Anwar
Enam klinik tersebut terlibat dalam projek rintis sebagai salah satu usaha bagi mengatasi kesesakan di fasiliti kesihatan awam.
Klinik Kesihatan Bandar Botanik kini beroperasi setiap hari - Dr Zaliha
Pelaksanaan projek rintis kluster HTAR dan KK Bandar Botanik bermula Sabtu lepas itu bertujuan menangani isu kesesakan di jabatan kecemasan dan trauma HTAR.
Kerajaan optimis capai sifar miskin tegar pada 2025 - Mustapa
Ia melalui pendekatan baharu yang bersepadu dalam pelaksanaan projek rintis untuk meningkatkan pendapatan golongan sasar itu.
Kerajaan sasar hapus miskin tegar menjelang 2025 - Mustapa
Sebagai permulaan, satu projek rintis akan dilaksana membabitkan penduduk miskin tegar di 50 lokaliti seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.