awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan sektor pelancongan mampu bangunkan semula industri - Nancy

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
02/09/2021
15:19 MYT
Pembukaan sektor pelancongan mampu bangunkan semula industri - Nancy
Nancy yakin pembukaan pelancongan domestik secara berperingkat itu dapat memberikan sinar buat penggiat industri berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) yakin pembukaan sektor pelancongan domestik secara berperingkat mengikut fasa dapat memberikan sinar buat penggiat industri berkenaan.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukry memaklumkan, pemilihan Pulau Langkawi sebagai projek rintis merupakan berita gembira bukan sahaja kepada MOTAC, malah penggiat industri yang lama terjejas teruk berikutan penutupan hotel dan restoran di pulau tersebut
"Pulau Langkawi dipilih sebagai projek ‘testing ground’ untuk menyemarakkan kembali industri yang telah lama terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 memandangkan pulau itu terasing (isolated).
"Faktor itu juga akan memudahkan urusan pemantauan," katanya dalam kenyataan di laman Facebook malam ini.
Beliau berkata, Pulau Langkawi mempunyai kekuatan tersendiri seperti mempunyai rangkaian penerbangan domestik dan antarabangsa, serta mempunyai kepelbagaian kemudahan penginapan bagi pelbagai segmen pelancong.
"Sekiranya projek rintis Langkawi ini berjalan dengan jayanya, saya percaya ia dapat mengembalikan keyakinan rakyat untuk melancong kerana 'seeing is believing'," katanya lagi.
Dalam kenyataan media hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang kini dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung pelancongan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Ismail Sabri berkata sebagai permulaan, Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 Sept ini manakala destinasi pelancongan lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus.
Topic Berkaitan
#pembukaan sektor pelancongan
#Nancy Shukri
#pelan pemulihan pelancongan
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan