KUALA LUMPUR: Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai mencatatkan sebanyak 110 projek lewat, 435 projek sakit dan 112 projek terbengkalai sehingga 31 Mac lepas.
"Di bawah Task Force ,kita menilai jumlah projek secara bulanan kerana status pertukaran projek berlaku secara dinamik yang mana ada bulan projek berstatus 'sihat' bulan depan dia 'jatuh sakit' atau berlaku kelewatan.
"Pada masa sama, (menerusi) gambaran yang kami terima dalam mesyuarat yang baru selesai, mungkin ada berlaku peningkatan lagi, tapi saya belum umumkan statistik itu," katanya kepada pemberita ketika melawat dua projek pembangunan swasta berstatus sakit di sini pada Isnin.
Beliau berkata tumpuan utama Task Force adalah mengurangkan jumlah projek sakit antara lain dengan turun padang dan membantu mencari penyelesaian bagi memastikan pemaju menunaikan tanggungjawab bagi menyempurnakan projek.
"Ada beberapa aspek yang kita nilai antaranya kemampuan pemaju untuk menyiapkan projek, memahami sekiranya ada masalah dihadapi yang mana pihak Task Force akan bantu cuba mempermudah proses tersebut," katanya.
Katanya pihak tersebut juga melaksanakan statistik unjuran iaitu jangkaan projek yang akan bermasalah pada masa depan sebagai langkah pencegahan projek bermasalah dan mengambil kira pelbagai cadangan untuk penambahbaikan termasuk meminda Akta 118 (Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966) serta pelaksanaan yang diguna pakai bagi kelulusan projek.
Terdahulu, Akmal Nasrullah mengadakan lawatan bagi meninjau status terkini Residensi Hektar Gombak dan Kondominium Mulberi yang berstatus sakit disebabkan kelewatan pihak pemaju rentetan daripada kekangan kewangan kesan kenaikan kos bahan binaan susulan PKP.
Beliau berkata bagi Projek Residensi Gombak sambungan paip pembentungan tidak dapat dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan akibat kekangan teknikal menyebabkan pihak pemaju perlu menaik taraf Loji Rawatan Kumbahan dan pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara bagi merungkaikan masalah tersebut.
Katanya bagi Kondominium Mulberi yang sepatutnya siap pada 2016 pula, pihak pemaju telah memberi komitmen untuk menyiapkan projek tersebut dan sebahagian besar pembangunan fizikal telah selesai.
"Hanya tinggal beberapa perkara melibatkan beberapa agensi dan kita yakin CCC (Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan) akan diberi dalam tempoh tahun ini juga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Akmal Nasrullah berkata Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai mencatatkan sebanyak 110 projek lewat, 435 projek sakit dan 112 projek terbengkalai sehingga 31 Mac lepas. - Foto fail/BERNAMA
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.
GPW14 instrumen penting bentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat
Malaysia optimis kerjasama dengan WHO melalui GPW14 akan membentuk masa depan kesihatan global.
‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’
Golongan berisiko tinggi adalah individu yang mempunyai sejarah pembekuan darah dan mereka tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AZ.
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.