awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek telaga tiub hasilkan pendapatan ketika krisis air

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
09/09/2021
02:56 MYT
Projek telaga tiub hasilkan pendapatan ketika krisis air
Masalah bekalan air yang menjejaskan kira kira 150,000 pengguna membuka peluang kepada pengusaha perkhidmatan membina telaga tiub seperti Mohd Nafi dan Muhammad Rizal. -Astro AWANI
KUALA NERUS: Krisis air 2.0 di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang berlarutan sejak 23 Ogos lalu mendorong penduduk di kawasan terbabit mencari alternatif bagi mengurangkan beban mereka.
Pada masa sama, masalah bekalan air yang menjejaskan kira kira 150,000 pengguna itu sekali gus membuka peluang kepada pengusaha perkhidmatan membina telaga tiub.
Menurut Mohd Nafi Sulong, kemahiran membina telaga tiub membuka pintu rezeki selepas beliau kehilangan pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Sejak krisis air yang berlaku di daerah Kuala Nerus, memang saya tak menang tangan untuk buat boring air ni.
"Hari-hari ada orang call, ada orang WhatsApp untuk buat boring air. Setakat ini dah banyak banyak tempatlah saya buat.
"Kawasan Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan kawasan sekitarnyalah. Daripada segi bau tu, normal, bau air, tanah, air liat.
"Kawasan pasir dia tak berbau. Macam di kawasan Gong Badak, Tok Jembal (airnya) kurang berbau sebab kawasan berpasir.
"Kawasan darat sini biasanya berbau. Bawah ada tanah liat," kata Mohd Nafi.
Gangguan Bekalan Air | Telaga tiub beri pendapatan semasa krisis
Sementara itu, Muhammad Rizal Musari pula berkata permintaan untuk membina telaga tiub meningkat mendadak selepas kejadian pertama bekalan air terjejas.
"Selepas daripada kejadian pada fasa pertama dulu, ada jugalah pengguna yang tanya. Tapi tak ramai.
"Bila dah masuk fasa kedua ni, makin bertambah. Lagi pun kita buat skim ansuran tanpa faedah. Bayar RM1,500, bulanan bayar RM500 untuk tiga bulan.
"Bila orang ramai tahu, lagi ramai yang minat nak buat. Orang tak minat pun jadi minat nak buat. Kita bantu di situlah," kata Muhammad Rizal.
Krisis bekalan air di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dijangka pulih 12 September ini apabila Loji Bukit Berapit dengan kapasiti 60 juta meter padu air kembali beroperasi.
Penduduk di dua daerah terbabit mengalami gangguan bekalan air selama 12 hari bermula 2 Ogos ekoran paip pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu.
Mereka sekali lagi terpaksa berdepan masalah gangguan bekalan air, susulan berlaku tekanan air rendah sejak 23 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#air boring
#masalah bekalan air
#Kuala Nerus
#krisis air Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan