KUALA LUMPUR:Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini mempunyai kuasa menahan individu yang disyaki melakukan kesalahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kuasa itu tertakluk sepanjang tempoh Ordinan Darurat berkuat kuasa hingga Ogos depan.
“Kalau dulu ATM mampu (mengawal) yang rentas sempadan di laluan tikus, kita (ATM) tak boleh menahan atau menangkap mereka sementara polis datang.
“Tetapi sekarang dengan Ordinan Darurat yang baharu selepas darurat diisytiharkan, kuasa tentera adalah sama dengan kuasa yang ada pada polis iaitu boleh menangkap. Kalau ada lokap, boleh bawa ke lokap untuk ditahan.
“Jadi sama di bawah kanun acara jenayah, (ATM) diberikan kuasa sepertimana polis,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Jelas Ismail Sabri, pelaksanaan Proklamasi Darurat memberikan kuasa kepada penguat kuasa dalam menangani penularan wabak COVID-19.
Mengulas mengenai pertimbangan kerajaan untuk melaksanakan fasiliti hospital swasta di bawah Ordinan Darurat pula, Ismail Sabri berkata kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan perbincangan.
Bagaimanapun tegas beliau, sekiranya pihak hospital swasta enggan memberikan kerjasama, tindakan tegas boleh dikenakan termasuk mengenakan denda sehingga RM5 juta.
“Kita bersetuju dengan pihak KKM, kalau boleh kita tidak mahu memaksa lagi. Peringkat awal ini kita minta mereka berbincang dengan pihak hospital swasta dengan memberikan cadangan kerajaan.
“Kalau mereka tidak bersetuju misalnya, kita gunakan undang-undang tersebut (Ordinan Darurat). Malah seperti yang saya katakan tadi, (kerajaan) boleh mengenakan denda terhadap hospital berkaitan, kalau tak silap saya sehingga RM5 juta dan boleh dipenjara, kalau mereka tidak bersetuju,” ujarnya.
Hasimi Muhamad
Thu Jan 14 2021

Pelaksanaan Proklamasi Darurat memberikan kuasa kepada penguat kuasa dalam menangani penularan wabak COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA

Hubungan UMNO - Bersatu punca keretakan parti - Penganalisis
Hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi antara faktor keretakan antara pemimpin parti Melayu terbesar negara, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

Protes Rusia: Polis guna kekerasan lerai demonstrasi
Sekitar 40,000 penunjuk perasaan tidak menghiraukan amaran cuaca sejuk dan polis untuk menuntut pembebasan pengkritik Kremlin dan Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny.

Penderaan seksual: Emmanuel Macron ikrar ketatkan undang-undang
Macron memberi jaminan itu selepas kerajaannya berikrar untuk memperketatkan undang-undang rogol terhadap kanak-kanak.

Perlumbaan kuasa di sebalik krisis kesihatan dunia
Ternyata, impian dan cita-cita sebilangan umat manusia di muka bumi ini tidak mampu melawan ketentuan Yang Maha Esa.

Gimnasium luncur ais negara China mula menghasilkan ais
Menerusi teknologi itu ia berupaya menghasilkan lorong luncur ais untuk kegunaan perlumbaan rasmi.

Politik | UMNO Dirombak, ubah dimensi politik negara?
Semalam, Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Abdul Rahman Ibrahim meminta supaya kemelut politik di dalam UMNO diselesaikan dengan penuh bijaksana. Malah, beliau turut mencadangkan supaya UMNO dirombak semula termasuk jawatan Presidennya selain mengetengahkan pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli tetapi juga rakyat. Untuk membincangkan lebih lanjut isu ini, bersedia di talian melalui Skype, Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Universiti Malaya, UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakob.

Stesen RTS Singapura 10 kali lebih besar berbanding stesen MRT biasa - Menteri Pengangkutan
Stesen itu akan merangkumi bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang membolehkan pelancong diperiksa dan disahkan oleh CIQ Singapura dan Malaysia pada satu hentian.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [24 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [24 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927854911611447497744/1886976_9774204461611447865026_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [24 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Nursyazwani Saiful Sham.

Bunuh diri: Lelaki ditemukan maut di bilik hotel
Menurut polis, kejadian disedari oleh seorang lelaki berusia 29 tahun yang menginap di hotel itu.

AWANI Ringkas: KP Kesihatan bimbang kluster di tempat kerja | Proses sanitasi di sekolah rendah di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Saringan wajib COVID-19: 3,942 pekerja asing positif setakat ini
198,422 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 7,790 majikan.

504 ditahan ingkar PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
504 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tiga lokaliti PKPD ditamatkan - Ismail Sabri
Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi pada hari ini.

PKP: 504 individu ingkar SOP ditahan
504 individu ditahan atas kesalahan ingkar pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Saringan wajib: 3,739 pekerja asing disahkan positif COVID-19 - Ismail Sabri
Seramai 3,739 daripada 190,429 pekerja warga asing yang menjalani ujian saringan wajib disahkan positif COVID-19 di negara ini.

Op Benteng: 24 PATI ditahan, 17 kenderaan darat dirampas - Ismail Sabri
Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng di sempadan negara pada Khamis.

PKPD Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas bermula 23 Januari - Ismail Sabri
Pelaksanaan PKPD itu untuk mengawal pergerakan masuk tahanan dari luar serta mengelakkan penularan jangkitan kepada kakitangan dan komuniti luar.

Waktu operasi kedai makan dilanjutkan jadi tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini
Lebih 30,000 pemeriksaan telah dilakukan di pelbagai premis di seluruh negara termasuk di terminal pengangkutan darat, udara dan air.

PKPD di Asrama Westlite, Johor Bahru tamat esok -Ismail Sabri
Meskipun ditamatkan, lokaliti ini masih lagi tertakluk dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di seluruh negeri Johor.

Operasi kedai makan, restoran dibenarkan hingga jam 10 malam
Walaupun demikian, ia tertakluk kepada perkhidmatan bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja.