awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proksi Ahli Parlimen ditahan SPRM

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
05/10/2018
04:31 MYT
Proksi Ahli Parlimen ditahan SPRM
SPRM menahan reman seorang broker jualan kenderaan bergelar 'Datuk Indera' bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit. -Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang broker jualan kenderaan bergelar 'Datuk Indera' bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.
Majistret Mahkamah Putrajaya, Shah Wira Abdul Halim membenarkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu direman selama enam hari hingga 8 Oktober ini selepas SPRM membuat permohonan tersebut pada Rabu lalu.
Menurut sumber, suspek berusia 40 tahun itu dipercayai proksi kepada seorang Ahli Parlimen yang telah ditahan SPRM baru-baru ini.
Menurutnya lagi, lelaki berkenaan berperanan sebagai ‘runner’ dalam urusan perpindahan wang rasuah membabitkan syarikat kontraktor.
Difahamkan, siasatan SPRM ketika ini dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Penahanan terbaharu ini menjadikan sejumlah empat individu direman sejak 26 September lalu, termasuk Ahli Parlimen tersebut, berhubung kes sama.
Topic Berkaitan
#broker
#broker jualan kenderaan
#jutaan ringgit
#kes rasuah
#mahkamah
#projek kerajaan
#Rasuah
#runner
#SPRM
#syarikat kontraktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan