awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Promosi dalam talian, industri buku dahaga karya baharu

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
11/04/2020
01:00 MYT
Promosi dalam talian, industri buku dahaga karya baharu
Walaupun ketika tempoh PKP ini, penjualan buku turun mendadak, tetapi penulis serta pihak yang terlibat perlu mengambil pendekatan lain bagi memastikan terdapat penjualan buku. - Gambar hiasan
Industri buku turut terjejas tatkala pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.
Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), Mutalib Uthman, optimis kehidupan sebagai seorang penulis atau mana-mana individu yang terlibat dalam industri ini perlu diteruskan.
Walaupun ketika tempoh PKP ini, penjualan buku turun mendadak, tetapi penulis serta pihak yang terlibat perlu mengambil pendekatan lain bagi memastikan terdapat penjualan buku.
Selain menjual buku mereka secara dalam talian, antara lain yang dapat dilakukan adalah dengan mempromosikan karya mereka menerusi secara dalam talian.
"Penulis boleh mempromosikan dengan menceritakan apakah initipati karya mereka kepada pembaca secara langsung menerusi video seperti podcast, YouTube dan sebagainya.
"Dengan cara ini orang ramai boleh meluangkan masa dengan membaca selain menonton filem secara penstriman," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
Pada masa sama, Mutalib menjelaskan penulis kini berdepan cabaran untuk memastikan karya mereka lebih menarik memandangkan penjualan buku atas talian juga kurang memuaskan.
"Kalau kita lihat sepanjang PKP ini, orang ramai banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen, jadi penulis dan penerbit perlu mencari sesuatu yang boleh menjadikan hasil mereka yang terbaik," ujarnya.
Justeru, Mutalib menyarankan agar penulis dan penerbit serta pihak percetakan terus menjual karya mereka selaian orang ramai perlu tetap menyokong industri buku di negara ini.
Topic Berkaitan
#Buku
#industri buku
#karya
#Mutalib Uthman
#Perbadanan Kota Buku
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#talam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan