awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK: BN yakin dapat pertahan kerusi Kinabatangan, Lamag - Zambry
Jangan selesa dengan kekuatan kerajaan hanya kerana pembangkang lemah - Penganalisis
JPN nafi ingkar perintah mahkamah dalam kes permohonan MyKad remaja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini

Bernama
Bernama
12/01/2026
09:50 MYT
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
Kes saman fitnah Teresa Kok (kiri) terhadap Dr Muhamad Akmal Saleh (kanan) akan berlangsung ke perbicaraan selepas usaha penyelesaian di luar mahkamah gagal. -Foto fail/Bernama
MELAKA: Kes saman fitnah yang difailkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadap Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan diteruskan dengan perbicaraan selepas penyelesaian secara baik gagal dicapai melalui proses pengantaraan.

Ringkasan AI
  • Kes saman fitnah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadap Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh akan berlangsung ke perbicaraan selepas usaha penyelesaian di luar mahkamah gagal.
  • Pengantaraan di Mahkamah Melaka tidak mencapai persetujuan penyelesaian, jadi perbicaraan dijadualkan pada 12 dan 13 Feb di Mahkamah Tinggi Melaka.
  • Dalam saman, Teresa Kok mendakwa Dr Muhamad Akmal menghina dan merendahkan beliau dalam video di TikTok, menamakan beliau defendan tunggal dan menuntut pampasan serta injunksi.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Peguam Datuk Sankara Nair, yang mewakili Kok, berkata kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan untuk penyelesaian di luar mahkamah dalam proses pengantaraan di hadapan Timbalan Pendaftar Suzana Mokhtar di Pusat Mediasi Mahkamah Melaka hari ini.
"Perbicaraan ditetapkan pada 12 dan 13 Feb ini di Mahkamah Tinggi Melaka... jadi, kami akan jumpa dia di mahkamah pada tarikh yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di luar pusat berkenaan.
Pengantaraan adalah alternatif kepada penyelesaian kes tanpa perlu melalui proses perbicaraan penuh.
Terdahulu, prosiding pengantaraan yang berlangsung hampir sejam itu dihadiri oleh Sankara Nair, Kok, Dr Muhamad Akmal dan peguam Syahrul Sazwan Salehin yang mewakili ahli politik berkenaan.
Menerusi saman yang difailkan pada 25 Okt 2024, Kok mendakwa Dr Muhamad Akmal membuat kenyataan menghina dan merendahkan yang menggambarkan beliau tidak mempunyai pengetahuan khususnya mengenai pensijilan halal serta menentang dasar kerajaan mengenai amalan Islam.
Kenyataan itu didakwa dibuat oleh Dr Muhamad Akmal dalam video di aplikasi TikTok pada 7 Sept 2024.
Kok menamakan Dr Muhamad Akmal selaku defendan tunggal serta menuntut pampasan, ganti rugi am, teruk dan teladan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu.
Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu daripada terus menyebut, menulis atau menerbitkan perkataan yang memfitnahnya serta relief lain yang difikirkan adil serta sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung kes saman fitnah terhadap Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh? A: Teresa Kok memfailkan saman fitnah terhadap Dr Muhamad Akmal dan akan meneruskan perbicaraan selepas percubaan penyelesaian di luar mahkamah melalui proses pengantaraan gagal dicapai.
  • Q: Bilakah tarikh perbicaraan kes saman fitnah tersebut dijadualkan? A: Tarikh perbicaraan kes saman fitnah antara Teresa Kok dan Dr Muhamad Akmal ditetapkan pada 12 dan 13 Februari di Mahkamah Tinggi Melaka.
  • Q: Apakah yang dimaksudkan dengan pengantaraan dalam konteks penyelesaian kes tanpa perlu melalui proses perbicaraan penuh? A: Pengantaraan adalah alternatif penyelesaian kes di luar mahkamah yang melibatkan proses mediasi antara pihak-pihak yang bersengketa untuk mencapai persetujuan tanpa perlu pergi ke perbicaraan penuh.

Topic Berkaitan
#Teresa Kok
#Muhamad Akmal Saleh
#saman fitnah
#penyelesaian luar mahkamah gagal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan