awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prosiding bela diri kes Dr Roland jual suplemen bukan keluaran berdaftar pada 25 Nov

Bernama
Bernama
29/08/2024
10:15 MYT
Prosiding bela diri kes Dr Roland jual suplemen bukan keluaran berdaftar pada 25 Nov
Pada 9 Ogos, mahkamah memerintahkan OKS untuk membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan tiga hari bermula 25 Nov untuk prosiding bela diri kes Dr Roland Victor, yang didakwa menjual suplemen yang bukan keluaran berdaftar, empat tahun lepas.
Majistret Farah Nabihah Muhammad menetapkan 25, 26, dan 27 Nov sebagai tarikh bela diri ketika sebutan kes itu hari ini, yang turut dihadiri pegawai pendakwa dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Siti Nor Sarahidah Jayatan dan peguam K Shalvin yang mewakili Dr Roland.
Terdahulu, Shalvin memberitahu mahkamah bahawa seramai lima saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes berkenaan.
Mahkamah menetapkan 5 Nov bagi sebutan semula kes.
Pada 9 Ogos, mahkamah memerintahkan OKS untuk membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Dr Roland, yang merupakan pengarah RCS Health Services Sdn Bhd selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa menjual suplemen yang bukan keluaran berdaftar iaitu Curcumin BCM 95% 100mg Vitamin K2 (MK4 500mcg + MK7 50mcg) + Ascorbic Acid 500mg + Vitamin D3 2000iu + Zinc Orotate 25mg sebanyak 30 kapsul.
Kesemua suplemen berkenaan didakwa dijual kepada seorang wanita tempatan berusia 40 tahun melalui pekerjanya di sebuah klinik di Jalan Perak, di sini pada 11.05 pagi, 7 Julai 2020.
Perbuatan itu didakwa telah melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, iaitu satu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952.
Jika disabitkan kesalahan, OKS boleh didenda maksimum RM50,000 dan bagi kesalahan ulangan, denda tidak melebihi RM100,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Roland Victor
#kes mahkamah
#jual suplemen
#keputusan hakim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan