Perbicaraan hari kesembilan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) berlangsung lebih tiga jam.
Pada prosiding hari ini, Hakim Datuk Azmi Ariffin meninjau lebih kurang 10 ke 15 lokasi di kawasan klia2 berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedudukan dua tertuduh iaitu warga Indonesia, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong pada hari kejadian pembunuhan.
Bagaimanapun selepas satu jam tinjauan, kedua-dua tertuduh memohon untuk menggunakan kerusi roda kerana tidak mampu berjalan akibat kepenatan.
"Mereka memakai baju kalis peluru dengan berat yang dianggarkan lebih kurang satu kilogram.
"Jadi mereka terlalu penat dan memohon untuk menggunakan kerusi roda," kata peguam bela Doan, Gooi Soon Seng.
Dalam pada itu, Pengarah Pendakwaan Selangor selaku Ketua Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad berkata lebih 10 lokasi yang melibatkan pembunuhan Jong Nam telah ditinjau Hakim Datuk Azmi Ariffin.
Jelasnya, tinjauan lokasi itu dilakukan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang telah merakam gerak-geri kedua-dua tertuduh.
"Kita telah mengambil masa lebih kurang tiga jam setengah untuk meninjau lokasi berdasarkan CCTV.
"Lebih kurang 10 ke 15 lokasi dalam klia2 ini telah kita pergi," katanya selepas tamat prosiding yang berlangsung di Balai Polis klia2 di sini hari ini.
Antara lokasi yang menjadi fokus prosiding hari ini termasuk kaunter daftar masuk di mana pembunuhan tersebut dikatakan berlaku, tandas di mana kedua-dua tertuduh mencuci tangan mereka selepas menyapu cecair dipercayai agen saraf VX di muka Jong Nam, klinik di mana Jong Nam mendapatkan rawatan awal serta hentian teksi yang dipercayai lokasi akhir kedua-dua tertuduh sebelum meninggalkan klia2.
Azmi sebelum itu tiba di klia2 pukul 9.10 pagi, 20 minit selepas kedua-dua tertuduh serta pasukan peguam bela tiba.
Kawalan keselamatan turut dipertingkat dengan kehadiran lebih 200 anggota dan pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) termasuk Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).
Harits Asyraf Hasnan
Tue Oct 24 2017

Dua tertuduh kes pembunuhan Kim Jong Nam memohon untuk menaiki kerusi roda akibat kepenatan. - Foto Reuters

YDF 2025 anjuran PRactitioners tingkat daya saing dalam bidang perhubungan awam
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata komunikasi strategik kini menjadi keperluan utama dalam pembangunan negara dan pertumbuhan generasi baharu.

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan
Katanya, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat
Pembangunan AI perlu mematuhi peraturan keselamatan yang ketat dan tidak hanya bergantung kepada kawalan luaran.

'Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hampir RM9 juta di Kelantan
Kes jenayah penipuan dalam talian atau scam di Kelantan menunjukkan peningkatan berikutan kejadian yang berlaku hampir setiap hari, dengan nilai kerugian mencecah RM8.79 juta.

Terdapat keperluan tambah mesin pengimbas kargo - Kastam
Terdapat keperluan untuk menambah mesin pengimbas kargo di pelabuhan utama negara, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Kerajaan negeri disaran gubal undang-undang perkongsian data - Gobind
Kerajaan negeri digalakkan untuk menggubal undang-undang menyerupai Akta Perkongsian Data 2024 yang berkuat kuasa hari ini bagi memperluas usaha perkongsian data di seluruh negara.

PM Vietnam, Malaysia adakan perbincangan telefon mengenai perkembangan dua hala, serantau
Anwar memaklumkan mengenai inisiatif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dalam menangani isu-isu serantau yang turut dibincangkan dalam perbualan mereka pada 6 April lepas.
10 Berita Pilihan - (28 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 29 April 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Jokowi enggan pakai baju kalis peluru di Kabul
Langkah keselamatan tambahan itu pada awalnya disediakan pihak tuan rumah berikutan keadaan di Afghanistan yang tidak stabil.

Prosiding Jong Nam: Dua tertuduh naik kerusi roda
Perbicaraan hari kesembilan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam di klia2 berlangsung lebih tiga jam.

Anggota polis yang maut dalam serang hendap di Simunul tidak bersenjata
Mahkamah Tinggi diberitahu seorang daripada enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Simunul tahun lepas tidak bersenjata.

Pengiring, baju kalis peluru antara cadangan SOP pegawai kastam
Penggunaan pengiring keselamatan dan pemakaian baju kalis peluru adalah antara cadangan penambahbaikan yang akan dimasukkan dalam rangka baharu SOP.