awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protokol sambutan hari raya panduan umum, tertakluk pihak berkuasa agama negeri

Bernama
Bernama
28/04/2022
07:15 MYT
Protokol sambutan hari raya panduan umum, tertakluk pihak berkuasa agama negeri
Protokol sambutan itu antara lain membenarkan solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid dan surau dengan kapasiti 100 peratus dan jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup muka. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Protokol sambutan Hari Raya Masjid dan Surau 2022 yang diumumkan kerajaan semalam adalah panduan umum dan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Protokol sambutan itu antara lain membenarkan solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid dan surau dengan kapasiti 100 peratus dan jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup muka.
Turut dibenarkan ialah takbir hari raya di masjid, surau dan rumah ke rumah serta jamuan selepas solat dengan sentiasa memakai pelitup muka, program ziarah iaitu aktiviti kunjung-mengunjung, ziarah tanah perkuburan dan mengadakan rumah terbuka atau majlis hari raya.
Idris dalam kenyataan hari ini berkata sebagai kawalan penularan jangkitan, individu positif COVID-19 tidak dibenarkan hadir ke masjid, surau, rumah terbuka dan majlis hari raya, manakala individu bergejala pula tidak digalakkan menyertai sebarang aktiviti itu.
Jemaah juga digalakkan berwuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri serta masuk mengikut giliran untuk mengelakkan kesesakan, katanya.
"Saya mengharapkan dengan panduan ini, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut seluruh umat Islam di Malaysia akan menjadi hari yang mengikat dan memperkukuhkan persaudaraan sesama kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#protokol sambutan
#hari raya
#Idris Ahmad
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan