KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd dijangka mengakhiri 2021 dengan lebih mantap selepas menyaksikan aktiviti pengeluaran, jualan dan eksportnya mula memulih, seterusnya menyumbang kepada peningkatan angka penjualan mulai bulan ini.
Pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan ia mencapai jumlah jualan keseluruhan sebanyak 5,354 unit dari Jun hingga Ogos lepas, yang merangkumi gabungan pendaftaran dalam talian serta eksport.
"Pengeluaran yang agak terhad dibuat di kilang syarikat di Tanjung Malim selepas Perak diletakkan di bawah Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 5 Julai 2021.
"Bagaimanapun, ini adalah untuk waktu yang terhad disebabkan kekurangan alat ganti dari vendor yang berlokasi di Selangor," kata Proton.
Pada hujung Ogos, jumlah jualan dicatatkan pada 62,637 unit, menokok 1.6 peratus berbanding dengan tempoh yang sama semasa 2020.
"Jumlah keseluruhan jualan yang agak memberangsangkan sehingga Ogos lepas, mencerminkan prestasi Proton yang kukuh pada lima bulan pertama tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah berkata tahun ini memberikan cabaran kepada industri automotif selepas jualan agak terencat akibat sekatan pergerakan, kekurangan bekalan cip dan beberapa isu lain.
"Namun, kami yakin empat bulan terakhir tahun ini akan menyaksikan peningkatan jumlah jualan industri secara lebih menyeluruh," katanya.
Penghantaran kereta Proton ke pasaran eksport seperti Pakistan turut disambung semula.
Negara tersebut akan menerima tiga penghantaran Proton X70 berjumlah kira-kira 108 unit pada bulan ini, berserta dengan unit pemasangan tempatan (CKD) Proton Saga pada akhir Oktober.
"Selain pelanggan pasaran Malaysia, pasaran eksport Proton juga mendapat keuntungan daripada kegiatan pengeluaran semula.
"Masih terlalu awal untuk mengumumkan seberapa cepat kami dapat memenuhi pesanan yang telah tertunggak tetapi kami semakin menutup jurang itu pada setiap hari," kata Roslan lagi.
Selain itu, katanya, pelaksanaan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) adalah penting bagi prestasi Proton sepanjang tahun ini.
Pembuat kereta itu menyatakan bahawa lebih daripada 93 peratus kakitangannya diberi vaksin sepenuhnya, sementara lebih 75 peratus pekerja di vendor dan pengedar juga berada di bawah penarafan yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021
Proton mencapai jumlah jualan keseluruhan sebanyak 5,354 unit dari Jun hingga Ogos lepas. - Astro AWANI
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
PTVM harap ekosistem kondusif bagi industri kandungan televisyen
Industri kandungan perlu dibentuk dengan lebih berstruktur bagi memastikan daya saing dan kemampuan menarik pihak korporat untuk melabur.
Angin kencang runtuhkan pentas politik di Mexico
Sebuah pentas perhimpunan kempen pilihan raya Mexico runtuh pada Rabu, menyebabkan 9 majut dan berpuluh lagi cedera susulan angin kencang
Perjalanan terakhir: Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis.
Protes universiti: Pelajar Harvard tamat pengajian protes untuk Gaza
Polis Britain menahan 16 individu kerana disyaki melakukan pencerobohan di Universiti Oxford pada Khamis, selepas penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di pejabat naib canselor universiti.
Kekejaman zionis: Israel membedil stor milik kementerian, 12 terbunuh
Sejumlah 12 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel membedil sebuah stor milik kementerian kebajikan di timur bandar Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis.
Kekejaman zionis: PBB sambung semula bantuan melalui jeti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula pengangkutan bantuan kemanusiaan yang tiba di jeti binaan Amerika Syarikat di luar pantai Semenanjung Gaza.
Industri landskap sasar sumbang 3.5 peratus KDNK menjelang 2035
Sasaran itu bakal disusuli dengan beberapa pelan tindakan melalui Blue Print Industry Landscape.
Kekejaman zionis: Keputusan Mahkamah Dunia mengenai serangan Rafah hari ini
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan pada Jumaat, mengenai permintaan Afrika Selatan untuk memerintahkan penghentian serangan Israel di Rafah, Gaza.
“Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia
Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada "Makkah Route Initiative" yang kini memasuki tahun keenam.
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.