TANJONG MALIM: Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, sejak 2019, terdapat 55 peratus pengurangan dalam markah GCPA mereka yang menunjukkan peningkatan keseluruhan dalam kualiti pengeluaran sehingga tahun lepas.
"Ada juga (impak GCPA) sebab apabila orang tengok (sesuatu produk) ada kualiti, mereka ada keyakinan (untuk membeli kenderaan).
"GCPA ada memberi kesan dan menyumbang kepada jualan kereta sebab ia akan menambah keyakinan orang ramai untuk membeli kenderaan Proton jika tahu kebarangkalian rosak itu kurang," katanya pada sesi taklimat kepada media mengenai inisiatif kualiti Proton di Proton City, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada GCPA itu memberi impak secara langsung kepada jualan kenderaan mereka.
GCPA ialah penunjuk kualiti produk yang menilai isu dihadapi barisan pengeluaran berdasarkan tahap keterukan.
Sementara itu, Roslan berkata, dari segi kualiti pasaran Proton sejak 2019, kira-kira 1,005 isu telah diselesaikan bersamaan dengan peningkatan dalam aspek itu (kualiti pasaran) sebanyak 44 peratus.
Mengenai kualiti pembekal mereka, Roslan berkata, terdapat peningkatan sebanyak 43 peratus dari segi jumlah pembekal yang dapat memenuhi standard minimum BBB (Biro Perniagaan Lebih Baik).
Ditanya sama ada terdapat usaha untuk Proton meneroka pasaran baharu di Eropah, Roslan berkata, setakat ini, mereka tidak memberi tumpuan terhadap perkara itu.
"Kami belum memberi tumpuan kepada Eropah. Kami hanya mengenal pasti beberapa negara sahaja, dan 70 peratus pasaran adalah pemanduan di sebelah kiri. Untuk itu, kami perlu memenuhi beberapa keperluan.
"Keperluan tertentu akan meningkatkan kos kami dan kami perlu mengimbanginya," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Roslan berkata, sejak 2019, terdapat 55 peratus pengurangan dalam markah GCPA mereka yang menunjukkan peningkatan keseluruhan dalam kualiti pengeluaran sehingga tahun lepas. - Gambar fail/Astro AWANI
Gunung Ibu terus aktif, meletus sekali lagi
Gunung Ibu di pulau terpencil Halmahera terletak di Maluku Utara, Indonesia sekali lagi dilaporkan meletus pada jam 11.03 pagi waktu tempatan.
China kuatkuasa undang-undang kurangkan kebergantungan import
Undang-undang keselamatan makanan pertama diperkenalkan China bertujuan mencapai 'sara diri mutlak' bagi bijirin makanan ruji, berkuat kuasa hari ini.
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Pulau Pinang sambut penerbangan terus pertama Juneyao Airlines dari Shanghai ke Malaysia
Pulau Pinang meraikan ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Juneyao Airlines.
MUDA gesa PM guna 'supermajority' tubuh IPCMC
Parti MUDA pada Sabtu menggesa Perdana Menteri untuk menggunakan majoriti yang dimilikinya di Dewan Rakyat untuk menubuhkan Suruhanjaya Babas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Hannah berdiam sebelum ini kerana enggan ganggu siasatan SPRM
Menerusi hantaran di laman X beliau, Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Israel seksa tahanan, pesakit Palestin di hospital lapangan
Tiga doktor yang bertugas di hospital lapangan Sde Teiman mendedahkan tawanan dan pesakit rakyat Palestin diseksa semasa dalam tahanan Israel.
[KRONOLOGI] Pembunuhan Zayn Rayyan
Berikut adalah info berkenaan dengan kes pembunuhan Zayn Rayyan
Ibu bapa direman kerana ada perkembangan baharu dalam siasatan
Peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat, berkata tangkapan dan reman tujuh hari ke atas ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan adalah berdasarkan perkembangan terbaharu yang diperoleh dalam siasatan polis berhubung kes itu.
Isu kontrak suami: "Saya berdiam kerana enggan ganggu siasatan" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton
Antaranya ialah konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.
Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit
Proton mencatatkan pertumbuhan 17.1 peratus pada April 2024 dengan 11,025 unit dijual dalam pasaran domestik dan eksport.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
Proton pelbagaikan operasi, pendapatan melangkaui ekosistem automotif
Dalam satu kenyataan, pembuat kereta nasional itu berkata peneraju usaha itu ialah Proton Global Services (PGS), anak syarikat milik penuh Proton Edar.
CEO Proton beri bayangan bakal lancar model baharu NEV
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) hari ini memberi bayangan mengenai pelancaran beberapa model baharu kenderaan tenaga baharu (NEV) tidak lama lagi.
Proton sasar jual lebih 1,000 unit kenderaan di Brunei pada 2024
Proton menyasarkan untuk melepasi paras 1,000 unit kenderaan yang dijual di Brunei menjelang akhir tahun ini, dengan minat yang berterusan terhadap Proton X50 dan model-model lain.
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
Proton akan buka lebih banyak pusat operasi 3S, 4S
Sekurang-kurangnya lima pusat operasi akan dinaik taraf kepada 3S dan 4S bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Proton teroka potensi kereta guna bahan api hidrogen
Roslan berkata penggunaan hidrogen sudah pasti akan membawa manfaat kepada negara dan orang ramai.