IPOH: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) musnah terbakar, dipercayai angkara khianat dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Badrishah, di sini, awal pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 4.51 pagi.
Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh yang tiba tiga minit kemudian mendapati sebuah kereta jenis Proton X50 di dalam garaj sebuah rumah, terbakar 30 peratus pada bahagian hadapan.
“Bahagian hadapan rumah tersebut juga terbakar kira-kira lima peratus tetapi tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, pihak bomba tidak menolak kemungkinan berlaku unsur-unsur khianat pada kebakaran tersebut.
Katanya, pasukan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan), seterusnya memadam kebakaran menggunakan satu saluran bantu mula dengan sumber air dari jentera bomba sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Azmil Kamaruddin tamat jam 5.54 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Nov 25 2023
Keadaan kenderaan yang terbakar 30 peratus pada bahagian hadapan dalam satu kejadian di Taman Badrishah pada Sabtu. - Foto JBPM Perak
Astro tawar 51 perlawanan UEFA EURO 2024 HD di SPOTV Stadia, SPOTV2
Semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma sehingga ke perlawanan akhir pertandingan tersebut
Niaga AWANI: Jepun penyumbang utama eksport kayu sarawak dengan nilai RM1.67 bilion pada 2023
Jepun kekal jadi penyumbang utama hasil industri perkayuan Sarawak dengan RM1.67 bilion pada tahun 2024 dan RM387 juta setakat sduku pertama 2024.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Jumlah jawatan suku pertama meningkat 1.5 peratus - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan, iaitu rekod tertinggi sejak 2018.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: India import 285,829 tan minyak sawit Malaysia pada April
India mengimport 285,829 tan minyak sawit dari Malaysia pada April seterusnya menyumbang 21.6 peratus daripada jumlah import minyak sayuran negara pada bulan terbabit.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: AS umum kenaikan tarif import China
Amerika Syarikat menaikkan tarif ke atas kenderaan elektrik (EV) dari China daripada 25 peratus kepada 100 peratus. Menurut White House, ia sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap import China.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Jepun: 17,000 warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah dari Jan-Mac
Kira-kira 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian di Jepun meninggal dunia di rumah antara Januari dan Mac.
Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia
LPPKN diberi pengiktirafan oleh PBB untuk berkongsi amalan terbaik dalam satu forum yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Belia Negara 2024
Ikuti kupasan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Hasnul Haniff Harun, sempena Hari Belia Negara 2024.
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan tahun depan - Johari
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan berterusan sehingga ke tahun depan.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Tesla mula hantar Model Y di Malaysia
Tesla telah memulakan penghantaran Model Y, kenderaan utiliti sukan elektriknya (SUV) di Malaysia.
Proton teroka potensi kereta guna bahan api hidrogen
Roslan berkata penggunaan hidrogen sudah pasti akan membawa manfaat kepada negara dan orang ramai.
Proton X50 terbakar, dipercayai angkara khianat
Bahagian hadapan rumah tersebut juga terbakar kira-kira lima peratus tetapi tidak melibatkan mangsa.
Tesla buka tempahan Model Y di Malaysia bermula RM199,000
Tesla mengumumkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Model Y elektrik sepenuhnya kini boleh ditempah di negara ini mulai Jumaat ini pada pada harga bermula RM199,000.
Tular SUV dihanyut air bukan berlaku di Tapah
Polis menafikan kononnya sebuah kenderaan serba guna (SUV) yang dihanyutkan air berlaku di Jalan Tapah ke Cameron Highlands.
Video tular kenderaan miliki 397 saman tertunggak tidak benar
Mohd Nasri berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada sebarang tunggakan saman sebagaimana ditularkan.
2 wanita nyaris maut Proton X70 terbakar, rempuh belakang lori
Kedua-dua mangsa merupakan wanita warga tempatan masing-masing berumur 37 tahun dalam kemalangan kira-kira jam 11 malam itu.
Jualan suku pertama Proton melonjak 50.9 peratus
Prestasi kukuh Proton bagi 2023 berterusan dengan jualan suku pertama 2023 melonjak 50.9 peratus dari tahun ke tahun kepada 40,287 unit dan pegangan pasaran berkembang kepada 21.2 peratus.
Maut kemalangan selepas larikan telefon bimbit
Tindakan dua rakan cuba melarikan diri selepas mencuri telefon bimbit dipercayai punca kemalangan membabitkan tiga kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka maut.
Pemandu CRV maut tersepit nahas dengan lori
Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia sebelum dihantar oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke hospital.