awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak**
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU hanya selepas negara pulih - Hamzah

Bernama
Bernama
27/02/2021
09:35 MYT
PRU hanya selepas negara pulih - Hamzah
Menteri Dalam Negeri, yang juga Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin menyampaikan ucapan pada Program Back To School di Dewan Astaka di Batu Kurau dekat sini hari ini. - Foto BERNAMA
SELAMA: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pastinya akan mengambil kira situasi pandemik dan program imunisasi dalam kalangan rakyat sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelak tercetusnya gelombang baharu penularan COVID-19 dalam negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pilihan raya hanya akan diadakan apabila negara benar-benar pulih daripada pandemik itu.
"Ia bagi memastikan kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan saya berdoa biarlah penyakit ini berkurangan di negara kita, dan imunisasi telah dilakukan, barulah kita adakan pilihan raya," kata beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya ketika situasi COVID-19 masih belum reda, boleh memudaratkan.
Terdahulu Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menyerahkan bantuan berupa beg sekolah dan pakaian seragam kepada 1,000 murid sekolah kebangsaan dan pelajar sekolah menengah di kawasan Batu Kurau di bawah Program Back To School di Dewan Astaka di Batu Kurau, dekat sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU
#PRU15
#pilihan raya umum
#Pulih
#COVID-19
#Menteri Dalam Negeri
#Hamzah Zainuddin
#Perikatan Nasional
#PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan