awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU13: Elakkan amalan politik lucah, fitnah, samseng dan rasuah

ABIM
ABIM
21/04/2013
09:58 MYT
PRU13: Elakkan amalan politik lucah, fitnah, samseng dan rasuah
Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri. Ketika pencalonan ditutup semalam, sebanyak 579 calon (Dewan Rakyat) manakala 1,321 orang calon (Dewan Undangan Negeri) telah menyatakan kesediaan untuk bertanding pada kali ini.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) terlebih dahulu ingin melahirkan ucapan selamat maju jaya kepada setiap parti serta calon yang bertanding.
Adalah menjadi harapan, semoga pilihanraya ini bakal menyaksikan pertandingan sihat berasaskan kepada keinginan pihak yang bertanding untuk mengemukakan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.
Mengambil kesempatan ini ABIM ingin menggesa agar budaya politik yang ,merugikan rakyat serta negara seperti amalan politik lucah, fitnah, samseng serta rasuah dapat dielakkan daripada menggejala sempena PRU 13 kali ini.
Sekiranya gesaan ini dicabuli, ABIM ingin menyeru umat Islam memainkan peranan selaku check & balance kepada pihak yang terlibat agar tidak mengamalkan budaya ini.
Sekiranya ia dicabuli, umat Islam serta para pengundi secara umumnya hendaklah mengatakan protes dengan tidak menyokong serta mengundi pihak yang berkenaan.
Pilihanraya adalah manifestasi amalan demokrasi sihat di negara ini. Kesuciannya selaku wadah memartabatkan suara rakyat perlu dibela daripada dicemari dengan amalan-amalan politik yang tidak memberikan sebarang manfaat kepada masa depan politik rakyat.
Topic Berkaitan
#ABIM
#Angkatan Belia Islam Malaysia
#politik
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan