awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: Polis pantau individu berpotensi timbul kekecohan

Bernama
Bernama
21/04/2018
11:01 MYT
PRU14: Polis pantau individu berpotensi timbul kekecohan
Rosli berkata pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu, jika keadaan memerlukan.
Polis Pahang akan memantau individu yang dikenal pasti berpotensi melakukan strategi serangan mengejut saat-saat akhir (SLMA) bagi menimbulkan kekecohan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14)
Ketua polisnya Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu, jika keadaan memerlukan.
"Kita dah kenal pasti individu-individu ini, bagaimanapun kita tidak mahu mengeluarkan bilangan individu terlibat. Senarai nama ini hanya untuk pengetahuan dan tindakan kita," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Taman Angkat Polis Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Pahang di Dewan Serbaguna Taman Tas di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Rosli turut mengingatkan parti politik dan individu yang ingin mengadakan ceramah berkaitan politik agar mematuhi undang-undang termasuk mendapatkan permit terlebih dahulu.
Katanya mereka hanya perlu menghantar notis permohonan itu bagi mendapat kebenaran mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman dan Peraturan bawah Akta Pilihanraya, 10 hari sebelum ceramah diadakan.
"Permohonan itu membolehkan pihak polis melakukan kajian terhadap lokasi dan keselamatan yang bersesuaian sebelum kelulusan diberikan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keselamatan
#MalaysiaMemilih
#Pahang
#perhimpunan
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#polis
#politik
#PRU14
#Rosli Ab Rahman
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan