awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: Tiga kawasan terputus elektrik

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2018
08:25 MYT
PRU14: Tiga kawasan terputus elektrik
"Sehingga jam 2 petang, sebanyak 61.45 peratus telah keluar mengundi dan bakinya kira-kira 29 peratus itu mungkin berbuat demikian sebelum berakhir tempoh mengundi jam lima petang nanti. - Gambar fail
Tiga kawasan di Bagan Serai, Larut dan Bukit Gantang mengalami gangguan elektrik akibat hujan lebat dan ribut petir menyebabkan proses pengundian sedikit tergendala.
Pengarah SPR Perak, Mohd Nazri Ismail berkata, gangguan itu tidak serius kerana melibatkan Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) yang memutuskan bekalan elektrik.
Menurutnya, masalah itu dapat diselesaikan segera selepas pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghidupkan semula suis berkenaan.
"Sehingga jam 2 petang, sebanyak 61.45 peratus telah keluar mengundi dan bakinya kira-kira 29 peratus itu mungkin berbuat demikian sebelum berakhir tempoh mengundi jam lima petang nanti.
"Proses pengundian pada hari ini berjalan lancar namun pada awal pagi terdapat sedikit kekalutan di sesetengah tempat kerana mengalami kesesakan,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Pusat Media, Pejabat SPR Negeri hari ini.
Katanya, kelewatan ini mungkin disebabkan kebanyakan pengundi berpusu-pusu ke barong disediakan untuk menyemak saluran mengundi masing-masing walaupun boleh disemak secara atas talian.
Tambah Mohd Nazri, pihaknya turut menerima aduan mengenai kekurangan kerusi roda untuk pengundi yang berkeperluan khas.
"Kita memang sediakan minimum 800 kerusi roda bagi seluruh negeri ini tetapi bagi pengundi yang mempunyai kemudahan itu, mereka boleh menggunakannya juga," katanya.
Selain kekurangan kerusi roda, ada juga masalah melibatkan pengundi yang tidak dapat mengundi kerana namanya telah dipotong namun puncanya tidak dapat dipastikan.
"Kita tak dapat pastikan puncanya tetapi selalunya jika masalah begini, ia disebabkan kad pengenalannya telah digunakan orang lain atau individu itu mendaftar untuk mengundi pos tetapi hadir untuk mengundi di pusat mengundi," katanya.
Topic Berkaitan
#Bagan Serai
#bukit gantang
#Earth Leakage Circuit Breaker
#Larut
#Malaysia Memilih
#Mohd Nazri Ismail
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Tenaga Nasional Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan