UMNO Kelantan akan memberi tumpuan kepada tiga Parlimen 'kelabu' di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata tiga Parlimen itu ialah Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai dengan UMNO tewas kurang daripada 1,000 undi di ketiga-tiga kawasan berkenaan.
"Saya dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan) serta Ketua UMNO bahagian akan mengadakan program jelajah kecil ke setiap peti undi di ketiga-tiga Parlimen itu.
"Dalam jelajah itu, kami akan melihat perancangan dan persiapan yang dilakukan oleh anggota jawatankuasa peti undi di ketiga-tiga Parlimen tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Parlimen Jeli di sini, pada Ahad.
Menurutnya program jelajah kecil itu merupakan sebahagian daripada Program Gelombang Merah yang dilancarkan oleh UMNO Kelantan bagi menawan kembali negeri ini daripada PAS pada PRU14 nanti.
Dalam pada itu, Mustapa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata pihaknya juga akan mempertahankan lima kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU13.
Beliau berkata lima kerusi berkenaan ialah Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Ketereh.
"Selain itu, BN akan berusaha untuk meningkatkan jumlah undi di kelima-lima Parlimen terbabit," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2016
MUSTAPA: "Saya dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub serta Ketua UMNO bahagian akan mengadakan program jelajah kecil ke setiap peti undi di ketiga-tiga Parlimen itu." - Gambar fail
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Kementerian Luar dan UNAM bekerjasama untuk tingkatkan program kesedaran PBB di Malaysia
Kedua-dua pihak membincangkan cara memperkukuh kerjasama dalam melaksanakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai PBB.
"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.