KOTA KINABALU: Beberapa perbincangan dengan rakan-rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) akan dibuat membabit kerusi tradisi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, perkara itu penting bagi memperincikan agihan kerusi sekali gus mengelak pertembungan di satu-satu kawasan Parlimen.
"Nanti kita bincang, sebab memang adat berparti ini hampir semua mahu bertanding, cuma kita akan tengok keadaan dia dan nanti kita akan putuskan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Hari Raya BN Sabah di sini, pada Khamis yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Turut mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman; bekas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman serta bekas Ketua Penerangan Parti Warisan, Datuk Yusof Yaakob.
Mengulas mengenai kehadiran Musa itu, Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, tidak timbul isu dengan kehadiran bekas Ketua Menteri Sabah tersebut.
"Beliau (Musa) merupakan pemimpin UMNO dan BN, jadi kita jemput beliau. Ia bukan satu masalah. Bukan bermakna siapa yang datang ke majlis ini mereka mahu bertanding (pada PRU15)," katanya lagi.
Eleanor Michelle Patrick
Thu May 19 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (duduk, tengah) pada Majlis Jamuan Aidilfitri Barisan Nasional Sabah hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) dan Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. - Bernama

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

Teknologi | Trak berkuasa hidrogen, elektrik inovasi terbaharu UK
Bermula tahun 2030, semua jenis kenderaan di United Kingdom perlu menggunakan kuasa elektrik dan bukan lagi bahan api. Ini termasuk trak pelbagai muatan, namun pembawaan tenaga bateri menjadi satu cabaran kerana masalah berat yang juga disifatkan tidak mesra pengguna.

Inflasi | Pekerja lapangan terbang di Perancis tuntut naik gaji
Penerbangan dari Lapangan Terbang Charles De Gaulle di Paris dan beberapa lapangan terbang lain di Perancis mengalami gangguan pada Jumaat. Ia selepas pekerja lapangan terbang mengadakan mogok dan bantahan bagi menuntut kenaikan gaji bagi mengimbangi inflasi.

Insiden Jet | Myanmar mohon maaf selepas langgar ruang udara
Thailand menjelaskan, negara jirannya Myanmar telah memohon maaf selepas sebuah jet pejuang memasuki ruang udara Thailand. Insiden pada Khamis itu mengakibatkan pihak berkuasa Thailand membawa keluar ratusan murid sekolah serta mengerahkan jet tentera ke kawasan berkenaan.

PRU15: Adat berparti memang semua mahu bertanding, nanti kita akan berbincang - Bung
Beberapa perbincangan dengan rakan-rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) akan dibuat membabit kerusi tradisi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jika kita memikirkan tentang Sabah dan rakyat, kita boleh capai kata sepakat - Hajiji
Pemimpin GRS-BN akan mengadakan mesyuarat sebagai satu pasukan bagi berbincang mengenai agihan kerusi menjelang PRU15.

PRU15: Rundingan agihan kerusi UMNO, Pas capai 70 peratus - Mohamad Hasan
Kata sepakat antara UMNO dan Pas itu dipersetujui menerusi siri mesyuarat Muafakat Nasional yang telah diadakan di antara kedua-dua parti itu sebelum ini.

BN Johor sudah mula bincang agihan kerusi PRU15 - Hasni
Barisan Nasional (BN) Johor sudah memulakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi antara komponen parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kedudukan BN sebagai parti lama, besar perlu dihormati dalam agihan kerusi PN
Kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dihormati.

Agihan kerusi BN, rakan sekutu selesai dalam 2 minggu - Bung Moktar
Pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah melibatkan calon Barisan Nasional (BN) dan sekutunya akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu ini.

Pakatan Harapan umum agihan kerusi di Pulau Pinang
Spekulasi mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi Pakatan Harapan di Pulau Pinang terjawab pada Ahad malam.

Agihan kerusi DUN PH di N.Sembilan belum muktamad
Beliau berkata, bagaimanapun, perbincangan mengenainya kini di peringkat akhir dan dijangka akan diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi PH untuk diluluskan, hujung bulan ini.