awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Bilangan kenderaan semakin bertambah di lebuh raya utama

Bernama
Bernama
17/11/2022
16:32 MYT
PRU15: Bilangan kenderaan semakin bertambah di lebuh raya utama
Aliran sesak dikesan di PLUS hala utara di beberapa kawasan terutamanya dari Slim River ke Sungkai sepanjang 7.4 kilometer (km) dan Tapah ke Gopeng sepanjang 6.4km. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Bilangan kenderaan di lebuh raya utama seluruh negara semakin bertambah setakat 10 malam ini susulan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran sesak dikesan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hala utara di beberapa kawasan terutamanya dari Slim River ke Sungkai sepanjang 7.4 kilometer (km) dan Tapah ke Gopeng sepanjang 6.4km.
Menurutnya, kesesakan turut berlaku di Senai ke Kulai, Bukit Lanjan ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Rawang dan Bidor ke Tapah.
"Sementara itu, di Senai ke Skudai pula sebuah kemalangan dilaporkan berlaku di KM20.6 menyebabkan kesesakan sepanjang 5.5km walaupun tiada lorong yang terhalang.
"Kemalangan dari Bandar Ainsdale ke Nilai yang berlaku lewat petang tadi telah selesai dan trafik kembali lancar," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Menurutnya, trafik di PLUS arah selatan pula perlahan di beberapa kawasan antaranya di Sedenak ke Kulai dan Putra Mahkota ke Nilai ekoran kemalangan membabitkan tiga kenderaan.
"Sedikit kesesakan turut dikesan di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) menghala masuk Malaysia iaitu di Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah," katanya.
Sementara itu, jurucakap Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ketika dihubungi berkata kesesakan trafik signifikan berlaku dari Gombak ke Bukit Tinggi sepanjang 14.6km, Kuantan ke Lentang (4.5km) dan Lentang ke Bentong (2.8km)
Bilangan kenderaan masuk ke lebuh raya utama seluruh negara dijangka akan bertambah mulai tengah malam ini susulan tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya sempena PRU15 bermula 12.01 tengah malam 18 Nov sehingga jam 11.59 malam 19 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#kesesakan
#mengundi
#info trafik terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan