awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Jangan pakai pakaian ada logo parti

Sinar Harian
Sinar Harian
18/11/2022
23:05 MYT
PRU15: Jangan pakai pakaian ada logo parti
Petugas SPR mendengar penerangan mengenai proses semakan peti undi untuk Parlimen Simpang Renggam di Dewan Muafakat Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam semalam. Gambar kecil: Abdul Hakim. - Foto BERNAMA
SIMPANG RENGGAM: Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Simpang Renggam, Abdul Hakim Abd Manap mengingatkan kepada semua pengundi untuk tidak memakai pakaian yang mempunyai logo mana-mana parti ketika hadir untuk mengundi pada Sabtu.
Beliau berkata, sekiranya dikesan ada pengundi yang berpakaian demikian, individu tersebut tidak dibenarkan masuk ke pusat mengundi oleh petugas SPR, selain dikehendaki pulang untuk menukar pakaian.
Jelasnya, apa yang perlu dibawa oleh setiap pengundi hanyalah kad pengenalan masing-masing, selain terlebih dahulu mendapatkan maklumat nombor saluran mengundi.
"Jika mengikut ramalan kaji cuaca, di selatan Semenanjung akan berlaku hujan hingga lewat petang.
"Oleh yang demikian dinasihatkan semua pengundi keluar awal ke pusat mengundi," katanya kepada pemberita selepas proses semakan isi peti undi untuk Parlimen Simpang Renggam di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam di Kluang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPR
#logo parti
#PRU15
#hari mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan