Menurut Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, pelancaran itu akan dilakukan di sebuah hotel di Selangor, pada Rabu minggu hadapan.
'Tawaran Harapan' dijangka akan menyenaraikan tawaran gabungan itu sekiranya kembali menakluk Putrajaya dalam PRU15 kelak.
"Pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Pimpinan Pakatan Harapan," katanya kepada Astro AWANI, pada Jumaat.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.