awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Polis Kelantan kenal pasti sembilan lokasi 'panas'

Sinar Harian
Sinar Harian
02/11/2022
05:12 MYT
PRU15: Polis Kelantan kenal pasti sembilan lokasi 'panas'
Tahap kesiapsiagaan Polis Kelantan berada pada landasan terbaik bagi memastikan kelancaran sepanjang penugasan PRU15. Gambar kecil: Muhamad Zaki. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Polis Kelantan mengenal pasti sembilan kawasan Parlimen di negeri ini yang dikategorikan sebagai lokasi 'panas' pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua kawasan disenaraikan itu berpandukan kepada situasi pada PRU14 yang lalu.
"Bagaimanapun kita akan melihat semula perkara itu selepas selesainya sesi penamaan calon pada Sabtu.
"Selain itu kita juga akan mengambil kira maklumat risikan yang dijalankan oleh anggota cawangan khas dari semasa ke semasa untuk menyusun semula strategi," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.
Menurut beliau, semua ketua-ketua parti di peringkat akar umbi telah dipanggil dan diberikan taklimat berkait aspek keselamatan dan peraturan sepanjang PRU15.
Ujarnya, polis berharap semua ketua-ketua parti dapat memainkan peranan masing-masing dengan mewujudkan kestabilan dan keharmonian di musim PRU.
Muhamad Zaki memberitahu, tahap kesiapsiagaan Polis Kelantan berada pada landasan terbaik bagi memastikan kelancaran sepanjang penugasan PRU15.
Kata beliau, sebanyak 28 unit Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) telah siap sedia dan dibantu oleh Unit Tindakan Rusuhan Awam (Poru) dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
"Selain keanggotaan, aset-aset yang akan diguna pada PRU15 turut berada dalam keadaan bersiap sedia," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Polis Kelantan
#lokasi panas
#PRU15
#Muhamad Zaki Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan