awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Polis nafi video tular CIQ BSI sesak rakyat Malaysia pulang mengundi

Bernama
Bernama
17/11/2022
12:55 MYT
PRU15: Polis nafi video tular CIQ BSI sesak rakyat Malaysia pulang mengundi
Polis berkata tular sebuah video berdurasi 17 saat memaparkan kesesakan di CIQ BSI namun hasil siasatan mendapati ia merupakan sebuah video lama.
JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, yang didakwa berikutan rakyat Malaysia pulang untuk mengundi seperti video yang tular menerusi media sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata tular sebuah video berdurasi 17 saat memaparkan kesesakan di CIQ BSI namun hasil siasatan mendapati ia merupakan sebuah video lama.
"Rakaman tersebut dipercayai adalah video lama yang dimainkan semula dan tidak benar ia berlaku seperti yang didakwa, bahawa ia tercetus ekoran daripada rakyat Malaysia pulang untuk mengundi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ketika ini keadaan kemasukan pengembara di CIQ BSI adalah pada kadar biasa iaitu tidak melebihi 2,000 orang pada satu-satu masa dan tiada pertambahan mendadak.
Sehubungan itu, Raub menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan perkara yang tidak benar sekali gus menimbulkan kegusaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CIQ BSI
#rakyat Malaysia pulang mengundi
#PRU15
#Polis Daerah Johor Bahru Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan