Ketua Polisnya, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ia termasuk melibatkan kes merosakkan poster dan bendera, serta tindakan mengganggu perjalanan kempen.
“Setakat ini 16 kertas siasatan, ada yang melibatkan kes merosakkan poster dan bendera, kes mengganggu perjalanan kempen. Namun, tidak melibatkan sesuatu yang serius,” katanya kepada media selepas melawat pusat mengundi awal di Dewan Mes Pegawai Kanan Polis Selangor di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.
Bagaimanapun terdapat satu kes melibatkan tangkapan terhadap suspek yang mengganggu kempen PRU15.
“Ada satu kes melibatkan kes gangguan kempen dan tangkapan sudah dibuat,” ujarnya.
Selain itu, Polis Selangor mengetatkan lagi pemeriksaan dan kawalan keselamatan sepanjang kempen PRU15 yang masih berbaki tiga hari sahaja lagi.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: 52 peratus undi awal setakat jam 11 pagi
Pada masa sama, Arjunaidi berkata, pihaknya juga menambah bilangan anggota terutama di kawasan hotspot sekitar negeri itu.
“Mulai esok juga anggota bantuan juga akan sampai. Ini akan memastikan kawalan keselamatan yang lebih baik lagi.
“Sehingga sekarang, perjalanan kempen sejak awal lagi berjalan lancar walaupun berlaku beberapa insiden tidak sepatutnya, namun ia tidak serius,” tambahnya.
Setakat ini, Polis Selangor telah mengenal pasti kira-kira 70 lokasi hotspot yang menjadi tumpuan sepanjang kempen PRU15.