awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: SPRM terima 11 aduan salah guna kuasa, rasuah setakat ini - Azam Baki

Bernama
Bernama
12/11/2022
09:31 MYT
PRU15: SPRM terima 11 aduan salah guna kuasa, rasuah setakat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata maklumat berkenaan diterima melalui bilik gerakan suruhanjaya itu yang beroperasi 24 jam dan akan dikaji serta diteliti terlebih dahulu untuk disiasat di bawah Akta SPRM 2009. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 11 aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula Sabtu lepas.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata maklumat berkenaan diterima melalui bilik gerakan suruhanjaya itu yang beroperasi 24 jam dan akan dikaji serta diteliti terlebih dahulu untuk disiasat di bawah Akta SPRM 2009.
"Jumlah itu diterima sepanjang tempoh kempen secara bersemuka dan melalui media.
"Tidak semua maklumat diambil kerana SPRM akan meneliti bahawa perkara yang disalurkan adalah betul kerana ada maklumat yang hanya cakap-cakap sahaja," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kelantan Sempena Hari Keputeraan ke-53 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar di sini hari ini.
Pada 5 Nov lepas, SPRM melancarkan bilik gerakan di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRU15.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#rasuah dan salah guna kuasa
#Azam Baki
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan