ASTRO AWANI membawakan liputan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) secara menyeluruh dan intensif dari seluruh pelusuk negara setiap hari bagi mengangkat suara rakyat.
Setiap hari ada isu-isu rakyat yang dipaparkan agar mendapat perhatian pemimpin yang bakal dipilih di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen kelak.
Namun lain pula kisah wartawan Fareez Azman yang ditugaskan di Pahang, apabila tular di laman sosial selepas seorang kanak-kanak meminta pertolongannya akibat dikejar seekor kera di Teluk Cempedak, Kuantan.
Ketika kejadian, Fareez dibantu jurukamera Khairulazman Mohamad sedang bersiaran secara langsung bagi Buletin AWANI jam 4 petang semalam.
"Waktu itu saya baru beberapa minit membuat laporan langsung. Ketika itu ada dengarlah jeritan kanak-kanak, saya ingatkan mereka tengah bermain di tepi pantai.
"Tak berapa lama, suara kanak-kanak tu makin dekat, dan saya nampak kelibat adik tu lari terus meluru dan peluk kaki saya," jelasnya ketika dihubungi hari ini.
Meskipun kejadian itu berlaku ketika bersiaran langsung, dia cuba bertenang dan mengawal keadaan sambil membantu kanak-kanak berkenaan.
"Saya cuba tenangkan adik tu, walaupun informasi yang nak saya kongsikan tergantung sekejap.
"Bila adik tu dah bertenang, saya teruskan dengan siaran langsung. Risau juga keselamatan adik tu, sebab kera tu garang juga masa saya cuba halau," jelasnya lagi.
Video kejadian itu yang dimuat naik Fareez dalam akaun TikToknya menjadi tular dan sehingga kini mendapat lebih 1.1 juta tontonan.
Fareez berkata, susulan itu dia bercadang untuk membuat laporan lanjut mengenai isu monyet di Teluk Cempedak agar keselamatan di lokasi tumpuan pelancong itu dapat dipertingkatkan.
Itu antara situasi luar jangka yang sering dihadapi wartawan, namun yang pasti tugasan demi memberikan informasi kepada rakyat menjadi keutamaan.
Astro Awani
Wed Oct 26 2022
Fareez yang membuat laporan langsung dihampiri seorang kanak-kanak yang meminta pertolongannya kerana dikejar kera. - Gambar/ Astro AWANI
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.