awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU-15: Willie serah nasib pada perbincangan akhir PN-GPS

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
28/03/2021
23:20 MYT
PRU-15: Willie serah nasib pada perbincangan akhir PN-GPS
Jelas Willie, PN dan GPS memiliki persefahamanyang baik demi kestabilan politik serta memacu ekonomi negara yang terjejas oleh pandemik COVID-19. - BERNAMA
KUCHING: Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin menyerahkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menentukan sama ada beliau dicalonkan atau sebaliknya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.
Willie yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi antara 11 ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar parti dan membentuk blok bebas dalam Parlimen sebelum menyertai PN dan membentuk kerajaan baharu.
“Apabila perbincangan akan dibuat, ia bergantung kepada pucuk pimpinan parti dan sebagai ahli di dalam pentadbiran kerajaan, saya akan memberi tumpuan untuk membangunkan kawasan saya.
“Saya boleh bekerjasama dengan mana-mana pemimpin negeri dan saya bukan datang sebagai pesaing,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin dan sesi dialog bersama penggiat industri sawit dan pemegang lesen Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada Isnin.
Jelas Willie, Kerajaan PN dan GPS memiliki persefahaman dan solidariti yang baik demi kestabilan politik serta memacu ekonomi negara yang terganggu oleh pandemik COVID-19.
“Bagi saya, kita (wakil rakyat) mesti lakukan apa yang telah dimanahkan dan serahkan semuanya kepada rakyat, pucuk pimpinan di kedua-dua parti kerajaan untuk menentukan.
"Jika diberi amanah itu, saya telah bersedia,” tambahnya.
Selain Willie, dua lagi ahli parlimen PKR dari Sarawak yang keluar parti ialah Baru Bian (Selangau) dan Datuk Ali Biju (Saratok).
Topic Berkaitan
#pilihan raya umum
#PRU-15
#Willie Mongin
#Parti Keadilan Rakyat
#pilihan raya
#PKR
#GPS
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan