Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akhirnya mengeluarkan kenyataan selepas lebih 24 jam diasak dan diaju pelbagai persoalan pasca pengumuman pada Rabu mengenai pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB).
Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata PTPTN sedia mempertimbangkan rayuan daripada mereka yang memerlukan sambil menegaskan langkah yang akan dimulakan pada Januari 2019 itu tidak bertentangan dengan undang-undang.
Jelasnya, apabila peminjam menandatangani perjanjian dengan PTPTN, ia bermakna mereka bersetuju untuk membuat pembayaran balik mengikut sebarang skim yang ditetapkan perbadanan itu.
"Saya mendengar kegusaran mereka dan saya bersedia mempertimbang rayuan daripada mereka yang memerlukan pertimbangan khas.
"Ada yang menyatakan bahawa mekanisme PGB bertentangan dengan Perjanjian Pinjaman yang telah ditandatangani.
"Saya ingin nyatakan bahawa, melalui perjanjian yang mereka tandatangani tersebut, peminjam telah pun bersetuju untuk membuat bayaran balik mengikut apa-apa skim yang ditetapkan oleh PTPTN, termasuk potongan gaji melalui majikan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Wan Saiful bagaimanapun berkata, beliau mengambil maklum pandangan dan cadangan yang diberi semua pihak susulan pengumuman yang dibuat pada Rabu itu.
Beliau menegaskan, terdapat peruntukan dalam Akta PTPTN 1997 yang memberi kuasa kepada perbadanan untuk mengarahkan majikan melaksanakan potongan gaji ke atas peminjam.
"Ada yang memberi komen mengenai kuasa majikan untuk membuat potongan gaji.
"Seksyen 29 Akta PTPTN 1997 memperuntukkan kuasa kepada PTPTN untuk mengarahkan majikan melaksanakan potongan gaji ke atas peminjam.
"Maka, peruntukan undang-undang itu ada," jelas beliau.
BACA: Tidak rujuk MEF, majikan keliru dasar baharu PTPTN
BACA: Tangguh pelaksanaan PGB, AMK ajak PTPTN berbincang
BACA: 'Hatta dengan bapa sendiri pun, hutang mesti dibayar'
Tambahnya, kerajaan mempunyai pilihan sama ada mahu memberi keutamaan kepada peminjam hari ini atau memastikan kelestarian PTPTN supaya jutaan anak kecil hari ini mempunyai dana untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi pada masa akan datang.
“Ini bukan keputusan mudah kerana ia membabitkan dua kelompok yang mempunyai keutamaan yang berbeza.
"Keputusan kerajaan ini saya yakin akan memastikan bahawa PTPTN lestari demi kebaikan anak anak kita,” kata Wan Saiful.
Pada Rabu, PTPTN mengumumkan peminjam yang bekerja dan berpendapatan lebih RM2,000 sebulan tidak akan terlepas daripada membayar balik pinjaman apabila skim PGB dilaksanakan tahun depan.
PTPTN akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja yang mempunyai pinjaman PTPTN secara mandatori, sekali gus mengeluarkan arahan kepada majikan untuk membuat potongan gaji mengikut peratus yang ditetapkan dalam skim PGB.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Dec 06 2018

Wan Saiful berkata, apabila peminjam menandatangani perjanjian dengan PTPTN, ia bermakna mereka bersetuju untuk membuat pembayaran balik mengikut sebarang skim yang ditetapkan perbadanan itu. - Gambar fail

Dua maut kereta terperosok bawah lori buat pusingan U
Dua warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori membuat pusingan U di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).
AWANI Ringkas: Kekejaman Zionis: Enam petugas bantuan maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pempengaruh didakwa hantar gambar berbaur lucah kepada remaja 14 tahun
Seorang pempengaruh media sosial terkenal didakwa menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Adam Adli saran perwakilan Kongres AMK ketengah usul beri manfaat kepada parti, kerajaan
Adam Adli mengingatkan perwakilan Kongres Nasional AMK supaya mengetengahkan usul yang boleh memberi manfaat kepada parti dan kerajaan.

Komen lucah terhadap anak Dr Amalina, pemungut sawit didenda RM3,000
Ahmad Nasir Kadiri didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah membuat komen lucah terhadap bayi Dr Amalina Che Bakri melalui Facebook pada Disember 2022.
Dua maut, lapan cedera pesawat kecil terhempas di San Diego
Pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian kira-kira 4 pagi sejurus menerima panggilan kecemasan.
Banjir Australia ragut 4 nyawa
Banjir besar akibat hujan lebat selama tiga hari di tenggara Australia mengorbankan empat nyawa, memutuskan hubungan beberapa bandar dan memerangkap puluhan ribu penduduk.
5 pemain negara lawan Man Utd di Bukit Jalil
Lima pemain kebangsaan dipilih wakili ASEAN All-Stars menentang Manchester United pada Maybank Challenge Cup di Bukit Jalil, dalam aksi epik bola sepak serantau 28 Mei ini.

Mengaku gugur kandungan, barista dipenjara sembilan bulan
Seorang barista dipenjara sembilan bulan atas kesalahan menghalang kandungannya yang berusia lima bulan dilahirkan dengan menggugurkannya.
Pejabat Rafizi tak pernah kosong
Najib Bakar menafikan dakwaan Rafizi Ramli mahu meletak jawatan, menjelaskan pejabat hanya dikemaskan untuk sambutan Aidilfitri dan tidak pernah dikosongkan sepanjang cuti menteri itu.
![[KOLUMNIS] LIMA 2025: Peluang strategik menarik minat belia ke TLDM [KOLUMNIS] LIMA 2025: Peluang strategik menarik minat belia ke TLDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-05/81747887562_PAMERANMARITIM.jpg)
[KOLUMNIS] LIMA 2025: Peluang strategik menarik minat belia ke TLDM
Bukan sekadar pameran, LIMA mampu jadi platform strategik meningkatkan kesedaran dan menarik minat belia terhadap bidang pertahanan maritim.

RM4.7 juta kos baiki 14 masjid, 37 surau kritikal di Johor
Sebanyak 14 masjid dan 37 surau di Johor dikenal pasti dalam keadaan kritikal serta perlu dibaiki dengan anggaran kos keseluruhan RM4.7 juta.

Belia Malaysia positif terhadap ASEAN, perlu lebih pendedahan - Kajian
Golongan belia di negara ini secara umumnya menunjukkan sentimen yang positif terhadap ASEAN.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Sultan Ibrahim bertitah guru adalah insan hebat yang mencurahkan ilmu mereka tanpa mengharapkan balasan demi membentuk masyarakat cemerlang.

MA63: Rundingan aspek pendidikan terlaksana hasil kerjasama erat Persekutuan dan negeri
Komitmen berterusan pada peringkat Kerajaan MADANI dan negeri perlu berterusan bagi melonjakkan martabat pendidikan.

Aspek pendidikan jangan terbatas, didik masyarakat dengan ilmu terkini - Abang Johari
Sarawak sentiasa menekankan cabang-cabang ilmu yang tertumpu ke arah penyelesaian cabaran global masa hadapan, khususnya bidang teknologi dan ekonomi.

Perintah penutupan oleh Israel jejaskan pendidikan 800 pelajar Palestin di Baitulmuqaddis Timur - PBB
Pihak berkuasa Israel mengarahkan sekolah-sekolah di Kem Pelarian Shu'fat ditutup selewat-lewatnya 8 Mei.

Malaysia perlu komunikasi dasar lebih baik, reformasi berani dan pendidikan inklusif - Forum
Malaysia perlu melaksanakan reformasi berani dalam ekonomi dan politik serta memperkukuh sektor pendidikan untuk memastikan masa depan negara yang lebih cerah.

JAS perkasa pendidikan E-Waste, fokus didik generasi muda lindungi alam sekitar
JAS giat mendidik generasi muda mengenai e-waste dan kepentingan pelupusan selamat demi kelestarian alam, menerusi program kesedaran bersama institusi pendidikan.

Pendidikan tunjang utama hubungan Malaysia-UK - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
Malaysia menduduki tangga kelapan tertinggi dalam kalangan negara yang menghantar pelajar ke UK, dengan seramai 13,005 orang setakat ini.