NATIONAL
PTPTN: Potongan RM40 apabila gaji peminjam capai RM2,000

Peminjam PTPTN yang gaji mereka mencecah RM2,000 akan dikenakan potongan pembayaran semula wajib sebanyak dua peratus atau RM40.
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gaji mereka mencecah RM2,000 akan dikenakan potongan pembayaran semula wajib sebanyak dua peratus atau RM40, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.
Beliau berkata, potongan itu akan meningkat secara berkala sehingga 15 peratus, mengikut kenaikan gaji peminjam tersebut.
“Bagi tujuan kurangkan beban anak muda dalam membuat pembayaran balik, Kabinet pada 23 Nov telah memutuskan supaya potongan gaji ke atas peminjam PTPTN sebanyak 2 peratus atau RM40 sebaik saja gaji peminjam mencecah RM2,000, dan potongan ini meningkat secara secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji bulanan mereka.
“Mengenai janji bayaran balik sehingga RM4,000 (seperti kerajaan akan pertimbangkan semula apabila kedudukan kewangan mengizinkan,” katanya sewaktu menjawab soalan dari Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) sewaktu persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Selain itu, Wong ingin mengetahui sekiranya kerajaan bercadang untuk memanjangkan pengecualian bayaran balik PTPTN kepada golongan M40 sekiranya mereka mendapat keputusan cemerlang.
“Dan nak tekan di sini, pengecualian di sini bukan saja kepada pelajar universiti awam seperti yang dicadangkan YB Ipoh Timur, tetapi juga kepada IPTS. Mereka juga akan dapat pengecualian ini,” katanya lagi.
Mengenai janji manifesto Pakatan Harapan iaitu hanya mereka yang bergaji RM4,000 ke atas diwajibkan membayar balik, Teo berkata, perkara itu akan dipertimbangkan selepas kewangan negara menjadi stabil.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami