awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pukul isteri dengan batang penyapu sawang, penghantar barang dipenjara lima tahun

Bernama
Bernama
10/09/2024
12:25 MYT
Pukul isteri dengan batang penyapu sawang, penghantar barang dipenjara lima tahun
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara daripada tarikh tangkap pada 21 Ogos lepas. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memukul isterinya dengan batang penyapu sawang, menampar dan menendang wanita itu selepas mangsa tidak menyerahkan rantai anak mereka dan enggan meminjam wang RM500 daripada keluarganya di kampung.
Hakim Dr Azrol Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas penghantar barang, Che Nohhud Afnan Che Omar, 33, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara daripada tarikh tangkap pada 21 Ogos lepas.
Lelaki itu mengaku bersalah kerana mencederakan isterinya, Nur Atiyah Mohd Ali, 34, dengan memukul mangsa menggunakan batang penyapu sawang, batang kayu penggaru badan, menampar dan menendang seluruh badan wanita di sebuah rumah di Jalan Jerejak, Taman Setapak, Wangsa Maju di sini pada 8 malam, 19 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua kali tempoh maksimum atau denda atau sebat.
Mengikut fakta kes, wanita itu dipukul, ditendang dan ditumbuk oleh suaminya selepas mangsa enggan menuruti permintaan tertuduh agar menyerahkan rantai milik anak mereka kepada tertuduh selain meminta isterinya untuk meminjam wang RM500 daripada ibu bapa wanita itu.
Hasil siasatan polis mendapati keterangan mangsa bahawa beliau telah dipukul oleh suaminya adalah konsisten dengan laporan perubatan yang mengesahkan kesan lebam pada badannya adalah disebabkan perbuatan tertuduh.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ikhwan Mohd Nasir memohon hukuman setimpal kerana lelaki itu menyebabkan kecederaan teruk kepada isterinya.
"Tertuduh sepatutnya melindungi isteri dan bukan mencederakannya. Mohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan menimbangkan kesan trauma dialami mangsa," katanya.
Che Nohhud Afnan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan mempunyai tanggungan keluarga selain bekerja sebagai penghantar barang pencuci.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pukul isteri
#batang penyapu sawang
#penghantar barang
#Che Nohhud Afnan Che Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan